Total Pageviews

Tuesday, 21 April 2015

HURAIKAN tujuan kajian dijalankan oleh penyelidik dalam artikel di bawah:

23 comments:

  1. KAMSIAH BINTI COKTANG (BA13110149)

    Artikal ini membincangkan dasar negara dalam mengekalkan keamanan, kedaan politik, dan budaya. Peranan dan fungsi perhubungan awam sebagai komponen penting dalam komunikasi manusia bagi usaha mempromosi untuk mendapatkan, meyakinkan dan mempengaruh komunikasi manusia. Pendekatan komunikasi manusia dalam kempen 1Malaysia, melibatkan penggunaan strategi perhubungan awam untuk mencapai semua segmen penduduk Malaysia. Kempen ini untuk mempromosikan keharmonian etnik, perpaduan Negara dan tadbir urus yang cekap, cabaran perhubungan awam adalah untuk menetapkan matlamat komunikasi manusia yang memenuhi semua sektor penduduk.

    Kempen 1Malaysia bertujuan untuk mengukuhkan sikap dan tingkahlaku masyarakat untuk bergerak kehadapan tanpa mengira etnik, agama. Pelbagai amalan perhubungan awam yang digunakan untuk mempromosikan 1Malaysia iaitu:

    1. Sesi perjumpaan
    Penggunaan cara dengan bertemu penduduk atau masyarakat di kedai-kedai kopi, pasar atau tempat-tempat awam yang popular untuk mendengar pandangan mereka dan rungutan. Ini merupakan bentuk yang berkesan dan terancang untuk menyampaikan mesej 1Malaysia kepada orang ramai.

    2. Penciptaan pengenalan 1Malaysia
    Penggunaan peralatan seperti slogan, produk dan perkhidmatan yang diberikan oleh agensi kerajan dan badan korporat kepada masyarakat agar memudahkan penerimaan terhadap 1Malaysia. Surat rasmi kerajaan dan alat tulis, baju rasmi menteri, butang lencana, dan Susu 1Malaysia untuk kanak-kanak sekolah. Syarikat swasta perlu menunjukkan sokongan mereka kepada kerajaan dan penerimaan konsep 1Malaysia denga nmenyebarkan mesej dengan cara yang ketara.

    3. Media massa
    Media traditional seperti akhbar dan television menjadi media utama dalam penyebaran maklumat. Konsep 1Malaysia dengan sokongan kementerian, agensi kerajaan, badanbukankerajaan, syarikatdanindividu.Pengiklananmelaluitelevisyendan radio dilakukan untuk mempromosikan konsep 1Malaysia. Publisiti juga dikuatkan di seluruh Negara dengan logo 1Malaysia yang digunakan dalam pengiklanan dan bahan publisiti. Rakyat Malaysia dan pelancong dapat melihat papan iklan dengan konsep 1Malaysia disepanjang lebuhraya, jejantas, tiang-tiang lampu di sepanjang jalan persekutuan dan bandar, dan persembahan skrin media digital yang ditempatkan di lokasi strategik.


    4. Teknologi baru
    Penggunaan internet dan teknologi membantu kempen 1Malaysia mencapai jumlah penonto yang ramai. Melau ipenyiaran akhbar dan video berita dalam kempen 1Malaysia dapat mencapai asas yang lebih besar kepada rakyat Malaysia. Dengan cara ini mereka dapat menyebarkan lebih banyak maklumat dan mewujudkan satu pusat sehenti untuk semua maklumat mengenai 1Malaysia. Sokongan penuh kerajaan terhadap pembangunan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar, rangkaian 3G dan aplikasi internet telah memudahkan penyebaran maklumat.

    5. Program
    Acara atau program 1 Malaysia dijalankan untuk menyebarkan mesej yang ingin disampaikan kepada orang ramai. Kerajaan Malaysia mengambil inisiatif untukmemacu promosi 1Malaysia kedalam semua aktiviti-aktiviti yang dilakukan di peringkat persekutuan. Antaranya termasuklah kerjasama dalam usaha mempromosi kedalam program sepert iKemerdekaan atau sambutan Hari Merdeka, Hari Raya, Perayaan Tahun Baru Cina, Perayaan Deepavali dan perayaan Krismas dan juga Tahun Baru. Dalam setiap kesempatan, Perdana Menteri sendiri akan menyampaikan ucapannya dan mengaitkan idea 1Malaysia untukperayaan masing-masing.

    6. Cabaran 1Malaysia
    Banyak sokongan yang menggalakkan daripada penduduk dalam promosi 1Malaysia namun terdapat banyak cabaran yang wujud yang mungkin menghalang pencapaian tersebut. Salah satu cabaran yang paling besar apabila perhubungan awam professional sendiri tidak mempunyai pengetahuan yang menyeluruh dan kefahaman yang betul terhadap konsep 1Malaysia. Cabaran seterusnya melalui evolusi teknologi komunikasi yang lebih moden sebagai pembekal maklumat, tetapi media tersebut membolehkan industri media juga menjadi saluran di luar pendidikan dan hiburan termasuk gossip dan tujuan lain.

    ReplyDelete
  2. NOORASIDAH BINTI IBNU (BA13110293)
    Malaysia adalah negara yang mengamalkan Multiculturalism atau kepelbagaian budaya. Buktinya penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti melayu, cina dan india. Namun, interaksi dalam kepelbagaian budaya tersebut masih kurang menyerlah. Oleh itu, pelbagai usaha yang dijalankan oleh pemimpin negara untuk memastikan budaya yang wujud di Malaysia dapat berinteraksi antara satu sama lain.
    Kerajaan Malaysia telah menjalankan pelbagai langkah dalam usaha mengekalkan penduduk yang berbilang kaum. Antaranya ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Wawasan 2020 adalah merupakan langkah yang telah digunakan oleh kerajaan untuk memupuk semangat interaksi antara pelbagai kaum, walaupun setiap dasar tersebut berlainan objektif namun tujuan asal dasar tersebut dibangunkan adalah sama iaitu mengekalkan interaksi antara masyarakat walaupun mereka berlatar belakangkan agama dan budaya yang berbeza. Selain itu, pada tahun 2008 konsep 1 Malaysia telah diperkenalkan dengan slogan rakyat didahulukan dan percapaian diutamakan. Konsep 1 Malaysia ini adalah berlandaskan kepada nilai tolak ansur dan toleransi tanpa mengorbankan nilai-nilai Islam, saling mempercayai dan menghormati dalam kalangan pelbagai kaum.
    Menurut Morreale (2007), komunikasi manusia sangat sinonim dengan perhubungan awam iaitu keupayaan untuk membina hubungan interpersonal yang kukuh dengan orang awam yang disasarkan. Komunikasi merupakan elemen yang sangat penting dalam membina sesebuah pasukan yang kuat. Hal ini demikian, komunikasi adalah teknik yang sangat berkesan dalam mempengaruhi kehidupan teruatamanya orang awam yang mendengar sesuatu yang disampaikan kepada mereka. sebagai contoh, mereka telah menjalankan kempen dengan menggunakan poster, bunting papan iklan dan banyak lagi dengan mengetengahkan penggunaan logo 1 Malaysia. Oleh itu, teknik komunikasi telah digunakan dalam memperkenalkan konsep 1 Malaysia kepada orang ramai supaya masyarakat menjadi yakin dan menjayakan kempen yang dijalankan. Contohnya mempromosi keharmonian etnik, perpaduan negara dan tadbir urus yang cekap adalah matlamat perhubungan awam dalam menetapkan pendirian penduduk mengenai kempen tersebut. Kempen 1 Malaysia dijalankan adalah untuk menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan perpaduan dalam pelbagai etnik tanpa mengira perbezaan etnik dan kepercayaan agama yang mereka anuti. Dalam mempromosi konsep tersebut, perhubungan awam telah menggunakan teknologi media seperti akhbar, televisyen, dan radio. Melalui media tersebut konsep 1 Malaysia dapat disebarkan terus kepada orang ramai tanpa halangan. Pengiktirafan terhadap internet dan inovasi teknologi media baru telah memberikan kempen 1 Malaysia kelebihan untuk mencapai penonton yang lebih luas. Dengan cara tersebut konsep yang telah digarap dapat disebarkan secara meluas kepada semua lapisan masyarakat. Selain itu, kempen gagasan 1 Malaysia dipergiat lagi dengan menjadikan satu laman rasmi yang bertujuan untuk menyampaikan pendapat dan sebagainya untuk memperbaiki lagi konsep yang telah diperkenalkan kepada masyarakat. Melalui laman ini juga, masyarakat berpeluang untuk memberikan pendapat dan kritikan secara bebas mengenai konsep yang diperkenalkan kepada mereka iaitu 1 Malaysia.
    Kesimpulannya dalam mengekalkan perpaduan penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum adalah sangat sukar. Menurut Sardar 2000, bersetuju bahawa kepelbagaian yang wujud di Malaysia telah menyebabkan kumpulan etnik tersebut tidak boleh berinteraksi secara informal dalam menyelesaikan perbezaan yang wujud dalam persekitaran mereka dan hal ini disokong oleh perdebatan Goby, 2007. Namun dengan pengenalan yang telah dilakukan oleh perdana menteri kita mengenai 1 Malaysia telah mengikat rakyat yang pelbagai etnik ini untuk sama-sama berkongsi nilai-nilai yang wujud dalam budaya yang mereka ada dan secara tidak langsung konsep yang cuba untuk menyatupadukan masyarakat yang pelbagai budaya dapat diteruskan.

    ReplyDelete
  3. NORHADA BINTI NAZARUDDIN (BA13161046)

    Kempen 1 Malaysia merupakan kempen yang menjadikan Malaysia sebagai satu negara yang unik dengan multikulturalisme disamping menjaga keharmonian dan berslogankan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Kempen 1 Malaysia merupakan satu kesinambungan usaha dalam mencapai Visi Wawasan 2020.

    Salah satu tujuan kajian dijalankan oleh penyelidik adalah untuk melihat peranan amalan perhubungan awam yang digunakan sebagai taktik komunikasi manusia yang direka untuk mencapai suatu matlamat (kempen 1 Malaysia).

    Mengambil contoh peranan perhubungan awam melalui kempen 1 Malaysia, perhubungan awam yang digunakan oleh organisasi/kerajaan untuk menjayakan kempen adalah dengan menggunakan 'tools' atau elemen penting dalam memastikan matlamat tercapai .

    Melihat kepada negara malaysia yang sememangnya multikulturalisme ia merupakan satu cabaran dalam menjayakan kempen seperti ini. Apatah lagi sekiranya mesej kempen tersebut tidak berkesan dan tidak mencapai matlamat ini menunjukkan bahawa peranan pengamal perhubungan awam sangat penting dalam menangani cabaran.

    Komunikasi manusia itu penting untuk mengelakkan penyampaian mesej yang disalah tafsir, dalam kajian ini terdapat dua teori sains sosial yang relevan dalam menerangkan peranan pengamal perhubungan awam. Iaitu Model Elaboration Likehood (ELM) yang terbahagi kepada dua cara dalam membuat keputusan iaitu membuat keputusan dengan berfikir secara mendalam (central route processing) atau membuat keputusan terhadap perkara yang diberi perhatian/dipengaruhi oleh seseorang (peripheral route processing). Ini boleh dikaitkan dengan Perdana Menteri yang melakukan siri Jelajah Janji di Tepati pada tahun 2012 yang dilihat menerapkan model ELM dengan mempengaruhi rakyat untuk menerima gagasan 1 Malaysia.

    Dan satu lagi Teori Penetapan Agenda, agenda tersebut boleh disalur melalui komunikasi interpersonal, syarikat pengiklanan atau pelancaran program yang bersifat gagasan 1 Malaysia. Dimana pihak kerajaan atau pengamal perhubungan awam membina satu agenda yang disalurkan melalu media dengan secukupnya kepada rakyat untuk diterima dan disesuaikan. Rakyat akan dipengaruhi dan menerima agenda yang dibina. Contoh platfrom yang menyalurkan agenda kerajaan (Kempen 1 Malaysia) ialah TV1 @ TV2.

    Sekian.

    ReplyDelete
  4. Patma Binti Jul (BA13110402)
    Berdasarkan artikel, isu yang diketengahkan adalah berkaitan peranan dan fungsi perhubungan awam sebagai komponen penting dalam komunikasi manusia untuk mempromosi bagi mendapatkan, meyakinkan dan mempengaruh komunikasi manusia yang melibatkan penggunaan strategi perhubungan awam untuk mencapai perpaduan dalam kalangan penduduk Malaysia. Tujuan kajian dijalankan oleh penyelidik adalah untuk melihat peranan amalan perhubungan awam yang digunakan sebagai taktik komunikasi manusia yang direka untuk mencapai suatu matlamat (kempen 1 Malaysia). Kempen 1Malaysia dijalankan untuk untuk mempromosikan keharmonian etnik, perpaduan negara dan tadbir urus yang cekap, selain mengukuhkan sikap dan tingkahlaku masyarakat untuk bergerak kehadapan tanpa mengira etnik, agama. Pelbagai usaha yang dijalankan oleh pemimpin negara untuk memastikan budaya yang wujud di Malaysia dapat berinteraksi antara satu sama lain. Menurut Morreale (2007), komunikasi manusia sangat sinonim dengan perhubungan awam iaitu keupayaan untuk membina hubungan interpersonal yang kukuh dengan orang awam yang disasarkan. teknik komunikasi telah digunakan dalam memperkenalkan konsep 1 Malaysia kepada orang ramai supaya masyarakat menjadi yakin dan menjayakan kempen yang dijalankan. Konsep 1 Malaysia telah diperkenalkan dengan slogan ‘rakyat didahulukan dan percapaian diutamakan’. Konsep 1 Malaysia ini adalah berlandaskan kepada nilai tolak ansur dan toleransi tanpa mengorbankan nilai-nilai Islam, saling mempercayai dan menghormati dalam kalangan pelbagai kaum. Pengiktirafan terhadap internet dan inovasi teknologi media baru telah memberikan kempen 1 Malaysia kelebihan untuk mencapai penonton yang lebih luas dan dapat disebarkan secara meluas kepada semua lapisan masyarakat. Melalui media tersebut konsep 1 Malaysia dapat disebarkan terus kepada orang ramai tanpa halangan.

    ReplyDelete
  5. Objektif dasar 1Malaysia dibangunkan adalah sama iaitu mengekalkan interaksi antara masyarakat walaupun mereka berlatar belakangkan agama dan budaya yang berbeza. Selain itu, pada tahun 2008 konsep 1 Malaysia telah diperkenalkan dengan slogan rakyat didahulukan dan percapaian diutamakan. Konsep 1 Malaysia ini adalah berlandaskan kepada nilai tolak ansur dan toleransi tanpa mengorbankan nilai-nilai Islam, saling mempercayai dan menghormati dalam kalangan pelbagai kaum.
    Salah satu tujuan kajian dijalankan oleh penyelidik adalah untuk melihat peranan amalan perhubungan awam yang digunakan sebagai taktik komunikasi manusia yang direka untuk mencapai suatu matlamat (kempen 1 Malaysia). Contohnya peranan perhubungan awam dalam kempen 1 Malaysia adalah berfungsi untuk menjayakan kempen adalah dengan menggunakan media atau elemen penting untuk memastikan matlamat tercapai.
    Pengiktirafan terhadap internet dan inovasi teknologi media baru telah memberikan kempen 1 Malaysia kelebihan untuk mencapai penonton yang lebih luas. Dengan cara tersebut konsep yang telah digarap dapat disebarkan secara meluas kepada semua lapisan masyarakat. Selain itu, kempen gagasan 1 Malaysia dipergiat lagi dengan menjadikan satu laman rasmi yang bertujuan untuk menyampaikan pendapat dan sebagainya untuk memperbaiki lagi konsep yang telah diperkenalkan kepada masyarakat.

    Komunikasi manusia itu penting untuk mengelakkan penyampaian mesej yang disalah tafsir, dalam kajian ini terdapat dua teori sains sosial yang relevan dalam menerangkan peranan pengamal perhubungan awam. Komunikasi merupakan elemen yang sangat penting dalam membina sesebuah pasukan yang kuat. Hal ini demikian, komunikasi adalah teknik yang sangat berkesan dalam mempengaruhi kehidupan teruatamanya orang awam yang mendengar sesuatu yang disampaikan kepada mereka. sebagai contoh, mereka telah menjalankan kempen dengan menggunakan poster, banting papan iklan dan banyak lagi dengan mengetengahkan penggunaan konsep 1 Malaysia.

    ReplyDelete
  6. ASRI B. BAKRI (BA13110039)
    Berdasarkan artikel tersebut, kajian dilakukan untuk melihat sejauhmana keberkesanan amalan perhubungan awam menggunakan taktik komunikasi manusia yang telah direka untuk mencapai matlamat satu identiti kebangsaan tunggal untuk pelbagai budaya Malaysia. Rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969 adalah kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Ia lebih dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya 1969. Tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969 ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia adalah satu susunan cara ataupun prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara. Rukun Negara juga adalah satu doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia.
    Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Rukun Negara yang menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia jelas merupakan kunci kepada masyarakat pelbagai kaum di Negara ini untuk membentuk warga berintegriti. Selain itu, Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Wawasan 2020 adalah merupakan langkah yang telah digunakan oleh kerajaan untuk memupuk semangat interaksi antara pelbagai kaum.
    Pemerintahan Perdana Menteri terkini iaitu Dato Seri Najib Razak telah memperkenalkan konsep 1Malaysia sebagai medium perpaduan kaum di Malaysia. Konsep Gagasan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.
    Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.
    1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. Beberapa amalan perhubungan awam yang digunakan untuk mempromosikan 1Malaysia termasuk:
    1. sesi berjumpa rakyat secara terbuka membolehkan Perdana Menteri meninjau sendiri keadaan rakyat dan mendapatkan pandangan dari rakyat bagi menambahbaik kebajikan rakyat dan cara pemerintahan.
    2. penggunaan identiti 1Malaysia dalam badan-badan kerajaan seperti penggunaan slogan dan matlamat bagi membangunkan Konsep 1Malaysia.
    3. penggunaan media massa dalam mempromosi konsep 1Malaysia. Publisiti juga dikuatkan di seluruh Negara dengan logo 1Malaysia yang digunakan dalam pengiklanan dan bahan publisiti. Rakyat Malaysia dan pelancong dapat melihat papan iklan dengan konsep 1Malaysia disepanjang lebuhraya,
    4. penggunaan teknologi baharu dalam penyebaran maklumat mengenai konsep 1 Malaysia seperti laman sosial.
    5. perlaksanaan program-program kempen 1Malaysia di kawasan awam seperti sekolah dan university supaya lebih ramai masyarakat sedar akan konsep 1Malaysia.
    Oleh itu, adalah tidak dapat dinafikan bahawa konsep 1Malaysia yang berteraskan toleransi dan tolak ansur serta nilai-nilai islam dalam pelbagai kaum di Malaysia menjadi kunci kepada kestabilan ekonomi, budaya dan politik sekaligus menjadikan negara lebih maju pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  7. SARIMAH BINTI AMIR (BA13110579)

    Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan Gagasan 1Malaysia yang berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Gagasan 1Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka dan penting diseluruh dunia.
    Kempen perhubungan awam baru-baru ini dilancarkan oleh kerajaan yang memerintah di Malaysia pada tahun 2009 adalah 1Malaysia konsep yang bertujuan untuk akhirnya mewujudkan sebuah negara Malaysia yang pelbagai budaya di mana setiap kumpulan etnik dapat menerima satu lain tanpa prejudis. Oleh itu, corak dan konteks komunikasi manusia perlu menjadi yang dirancang dan dilaksanakan untuk menyenangkan hati orang Melayu, Cina, India dan penduduk pribumi di Timur Malaysia untuk berfikir sebagai satu demi negara. Akhbar-akhbar tradisional dan arus perdana saluran televisyen sebagai alat penting untuk pembangunan sosial dan di bawah kawalan parti-parti politik dalam gabungan Barisan Nasional (Phua & Soo, 2004) secara konsisten digunakan untuk tujuan ini. Agenda kerajaan Malaysia menggunakan komunikasi manusia untuk mewujudkan budaya penerimaan di kalangan pelbagai kumpulan etnik telah mencapai kejayaan melalui pelbagai awam program perhubungan.Pendekatan komunikasi manusia dalam kempen 1Malaysia, melibatkan penggunaan strategi perhubungan awam untuk mencapai semua segmen penduduk Malaysia. Oleh yang demikian, kempen telah dilancarkan kira-kira dua tahun lalu khusus untuk mempromosikan keharmonian etnik, perpaduan negara dan tadbir urus yang cekap, cabaran perhubungan awam adalah untuk menetapkan matlamat komunikasi manusia yang memenuhi semua sektor penduduk. Konsep “Memenuhi sesi perjumpaan” yang diamalkan oleh Najib Razak sejak beliau mula-mula menjadi Perdana Menteri di mana beliau bertemu penduduk di kedai-kedai kopi, pasar dan lain-lain tempat-tempat awam yang popular untuk mendengar pandangan mereka dan rungutan. Sudah pasti bentuk yang berkesan dan terancang latihan perhubungan awam bahawa pengamal Jabatan Perdana Menteri telah diadakan untuk menyampaikan mesej 1Malaysia kepada orang ramai.
    Selain itu, media tradisional seperti akhbar dan televisyen telah sentiasa menjadi media utama maklumat penyebaran. Pengamal perhubungan awam Malaysia di jabatan-jabatan kerajaan melayan media mereka hubungan dengan wartawan sebagai aktiviti utama mereka dalam mempromosi dan memberi kesedaran kerajaan program. Kelebihan 1Malaysia menjadi kempen kerajaan telah dimanfaatkan sendiri sokongan yang besar dari kementerian, agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO), syarikat dan individu. Promosi 1Malaysia didorong kepada magnitud yang lebih besar apabila syarikat seperti Petronas, yang terkenal untuk iklan korporat yang rumit, menyertai dalam mempromosikan perpaduan nasional di Merdeka tahunan mereka iklan pada tahun 2009 dan 2010. Iklan Korporat dalam kes ini, secara khusus mengeluarkan iklan, percubaan untuk melakukan lebih daripada mempengaruhi pendapat mengenai syarikat itu; cuba untuk mempengaruhi sikap syarikat kawasan pilihan raya mengenai isu tertentu yang memberi kesan kepada syarikat (Argenti, 2009). Pengiktirafan tinggi internet dan inovasi teknologi media baru telah memberikan kempen 1Malaysia tambah kelebihan dalam mencapai penonton yang lebih luas. Rakyat Malaysia yang tinggal di luar negeri juga disimpan di mata dan digalakkan untuk menyertai dan menerima 1Malaysia melalui penubuhan laman web rasmi 1Malaysia.
    Pencapaian dalam memelihara kaum keharmonian dan perpaduan, adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh promosi komunikasi manusia yang konsisten dan berterusan seperti yang ditunjukkan dalam kempen perhubungan awam Bangsa Malaysia.

    ReplyDelete
  8. Norlidayu Peli (Ba13161102)

    berdasarkan artikel,kajian dilakukan untuk melihat sejauhmana keberkesanan amalan perhubungan awam menggunakan taktik komunikasi manusia yang telah direka untuk mencapai matlamat satu identiti kebangsaan tunggal untuk pelbagai budaya Malaysia.
    tujuan kajian dijalankan oleh penyelidik adalah untuk melihat peranan amalan perhubungan awam yang digunakan sebagai taktik komunikasi manusia yang direka untuk mencapai suatu matlamat (kempen 1 Malaysia). Contohnya peranan perhubungan awam dalam kempen 1 Malaysia adalah berfungsi untuk menjayakan kempen adalah dengan menggunakan media atau elemen penting untuk memastikan matlamat tercapai.

    Selain itu, Kempen 1Malaysia juga dijalankan untuk mempromosikan keharmonian etnik, perpaduan negara dan tadbir urus yang cekap, selain mengukuhkan sikap dan tingkahlaku masyarakat untuk bergerak kehadapan tanpa mengira etnik, agama. Pelbagai usaha yang dijalankan oleh pemimpin negara untuk memastikan budaya yang wujud di Malaysia dapat berinteraksi antara satu sama lain. Menurut Morreale (2007), komunikasi manusia sangat sinonim dengan perhubungan awam iaitu keupayaan untuk membina hubungan interpersonal yang kukuh dengan orang awam yang disasarkan. Tambahan pula, Pengiktirafan terhadap internet dan inovasi teknologi media baru telah memberikan kempen 1 Malaysia kelebihan untuk mencapai penonton yang lebih luas dan dapat disebarkan secara meluas kepada semua lapisan masyarakat. Melalui media tersebut konsep 1 Malaysia dapat disebarkan terus kepada orang ramai tanpa halangan.

    secara kesimpulannya, Komunikasi manusia itu penting untuk mengelakkan penyampaian mesej yang disalah tafsir, dalam kajian ini terdapat dua teori sains sosial yang relevan dalam menerangkan peranan pengamal perhubungan awam.Dalam pada itu, dengan pengenalan dasar 1Malaysia yang telah dilakukan telah mengikat rakyat yang pelbagai etnik ini untuk sama-sama berkongsi nilai-nilai yang wujud dalam budaya yang mereka ada dan secara tidak langsung konsep yang cuba untuk menyatupadukan masyarakat yang pelbagai budaya dapat diteruskan.


    ReplyDelete
  9. Nurhalizah binti Said (BA13161059)

    Malaysia merupakan Negara yang dikenali sebagai salah satu Negara Islam yang mempuyai pelbagai agama dan kaum. Konsep 1 Malaysia telah diperkenalkan dengan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang digunakan sebagai satu platform untuk menunjukkan taktik komunikasi manusia dalam menggunakan strategi perhubungan awam untuk mencapai suatu matlamat. Usaha dalam menghimpunkan rakyat berbilang kaum dan agama menerusi pelaksanaan kempen yang bertujuan mewujudkan pembangunan di Malaysia.
    Salah satu tujuan kajian dijalankan oleh penyelidik adalah bertujuan untuk melihat peranan perhubungan awam dalam mencapai satu matlamat iaitu identiti kebangsaan untuk pelbagai kaum di Malaysia dengan menggunakan taktik komunikasi manusia. Komunikasi amat penting dan lebih berkesan dalam mempengaruhi kehidupan manusia terutamanya sesuatu maklumat yang ingin disampaikan kepada pihak tertentu. Sebagai contoh, kempen 1 Malaysia dijalankan adalah untuk menyedarkan masyarakat kepentingan perpaduan dalam pelbagai etnik tanpa mengira perbezaan etnik dan agama. Hal ini dapat kita lihat penggunaan perhubungan awam dalam mempromosi keharmonian etnik tersebut di televisyen, radio, dan akhbar. Dengan adanya media tersebut konsep 1 Malaysia dapat disebarkan terus kepada orang ramai tanpa sebarang halangan.
    Oleh itu, untukn mengekalkan perpaduan dalam Negara yang pelbagai kaum dan agama kerjasama dan kesefahaman perlu ada dalam setiap masyarakat untuk mengelakkan ketidaksefahaman berlaku dan proses komunikasi dapat dijalankan dengan baik serta perkongsian nilai-nilai akan wujud diantara masyarakat pelbagai budaya.

    ReplyDelete
  10. SAIDI BIN BUSMAN BA13110430

    Artikal ini membincangkan dasar negara dalam mengekalkan keamanan. Peranan dan fungsi perhubungan awam adalah komponen penting dalam komunikasi manusia bagi usaha mempromosi untuk mendapatkan, meyakinkan dan mempengaruh komunikasi manusia. Pendekatan komunikasi manusia dalam kempen 1Malaysia, melibatkan penggunaan strategi perhubungan awam untuk mencapai semua segmen penduduk Malaysia. Kempen ini untuk mempromosikan keharmonian etnik, perpaduan Negara dan tadbir urus yang cekap, cabaran perhubungan awam adalah untuk menetapkan matlamat komunikasi manusia yang memenuhi semua sektor penduduk.
    Kempen 1 Malaysia merupakan kempen yang menjadikan Malaysia sebagai satu negara yang unik dengan multikulturalisme disamping menjaga keharmonian dan berslogankan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Kempen 1 Malaysia merupakan satu kesinambungan usaha dalam mencapai Visi Wawasan 2020. Salah satu tujuan kajian dijalankan oleh penyelidik adalah untuk melihat peranan amalan perhubungan awam yang digunakan sebagai taktik komunikasi manusia yang direka untuk mencapai suatu matlamat (kempen 1 Malaysia). Mengambil contoh peranan perhubungan awam melalui kempen 1 Malaysia, perhubungan awam yang digunakan oleh organisasi/kerajaan untuk menjayakan kempen adalah dengan menggunakan 'tools' atau elemen penting dalam memastikan matlamat tercapai . Melihat kepada negara malaysia yang sememangnya multikulturalisme ia merupakan satu cabaran dalam menjayakan kempen seperti ini. Apatah lagi sekiranya mesej kempen tersebut tidak berkesan dan tidak mencapai matlamat ini menunjukkan bahawa peranan pengamal perhubungan awam sangat penting dalam menangani cabaran.
    Beberapa amalan perhubungan awam yang digunakan untuk mempromosikan 1Malaysia adalah sesi berjumpa rakyat secara terbuka membolehkan Perdana Menteri meninjau sendiri keadaan rakyat dan mendapatkan pandangan dari rakyat bagi menambahbaik kebajikan rakyat dan cara pemerintahan. Selain itu, penggunaan identiti 1Malaysia dalam badan-badan kerajaan seperti penggunaan slogan dan matlamat bagi membangunkan Konsep 1Malaysia. Selain dairpada itu penggunaan media massa dalam mempromosi konsep 1Malaysia. Publisiti juga dikuatkan di seluruh Negara dengan logo 1Malaysia yang digunakan dalam pengiklanan dan bahan publisiti. Rakyat Malaysia dan pelancong dapat melihat papan iklan dengan konsep 1Malaysia disepanjang lebuhraya. Di samping itu, penggunaan teknologi baharu dalam penyebaran maklumat mengenai konsep 1 Malaysia seperti laman sosial. Dan perlaksanaan program-program kempen 1Malaysia di kawasan awam seperti sekolah dan university supaya lebih ramai masyarakat sedar akan konsep 1Malaysia.

    ReplyDelete
  11. NASRULLAH AHMAD (BA13110276)

    Berdasarkan artikel, kajian dijalankan oleh penyelidik adalah bertujuan untuk melihat peranan amalan perhubungan awam yang digunakan sebagai taktik komunikasi manusia yang direka untuk mencapai suatu matlamat (kempen 1 Malaysia) atau satu identiti kebangsaan tunggal untuk kepelbagaian budaya di Malaysia. Menurut Morreale (2007), komunikasi manusia sangat sinonim dengan perhubungan awam iaitu keupayaan untuk membina hubungan interpersonal yang kukuh dengan orang awam yang disasarkan. Komunikasi merupakan elemen yang sangat penting dalam membina sesebuah pasukan atau kumpulan yang kuat. Hal ini demikian, komunikasi adalah teknik yang sangat berkesan dalam mempengaruhi kehidupan di kalangan masyarakat terutamanya orang awam yang mendengar sesuatu yang disampaikan kepada mereka. Sebagai contoh, peranan perhubungan awam dalam kempen 1 Malaysia adalah berfungsi untuk menjayakan kempen melalui penggunaan media atau elemen penting bagi memastikan matlamat tercapai.
    Teknik komunikasi telah digunakan dalam memperkenalkan konsep 1 Malaysia kepada orang ramai supaya masyarakat menjadi yakin dan menjayakan kempen yang dijalankan. Contohnya mempromosi keharmonian etnik, perpaduan negara dan tadbir urus yang cekap adalah matlamat perhubungan awam dalam menetapkan pendirian penduduk mengenai kempen 1 Malaysia. Selain itu, kempen 1 Malaysia dijalankan adalah untuk memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan perpaduan dalam pelbagai budaya tanpa mengira perbezaan etnik dan kepercayaan agama yang dianuti oleh pelbagai masyarakat. Dalam mempromosi konsep 1 Malaysia, perhubungan awam telah menggunakan media cetak dan elektronik seperti akhbar, televisyen, dan radio. Melalui media tersebut konsep 1 Malaysia dapat disebarkan terus kepada orang ramai tanpa halangan.
    Perkembangan sistem penyebaran maklumat melaui internet seperti laman sesawang dan laman sosial memberi manfaat kepada peyebaran konsep 1 Malaysia kerana mempunyai kelebihan untuk mencapai penonton yang lebih luas. Dengan adanya laman rasmi bekenaan konsep 1 Malaysia, masyarakat mempunyai kebebasan untuk melontarkan pendapat mereka berkenaan ideologi yang diterapkan dalam konsep 1 Malaysia.

    ReplyDelete
  12. Hamzah bin Ajiseri ( ba13161127 )

    Berdasarkan artikel ini, dapat kita lihat usaha yang dijalankan oleh pemimpin negara dalam memastikan masyarakat pelbagai kaum yang telah wujud di Malaysia dapat berinteraksi antara satu dengan yang lain. Kerajaan Malaysia telah melancarkan pelbagai langkah dalam usaha mengekalkan keharmonian penduduk yang berbilang kaum.
    Berikut adalah merupakan usaha kerajaan yang telah dilaksanakan pada masa kini, iaitu seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional dan Wawasan 2020. Langkah yang digunakan oleh kerajaan ini berpotensi dalam memupuk semangat perpaduan anatara masyarakat pelbagai kaum. Walaupun setiap dasar tersebut berlainan objektif namun tujuan asal dasar tersebut dibangunkan adalah sama iaitu mengekalkan interaksi antara masyarakat walaupun mereka berlatarbelakangkan agama dan budaya yang berbeza. pada tahun 2008 konsep 1 Malaysia telah diperkenalkan dengan slogan rakyat didahulukan dan percapaian diutamakan. Walaupun setiap dasar tersebut berlainan objektif namun tujuan asal dasar tersebut dibangunkan adalah sama iaitu mengekalkan interaksi antara masyarakat walaupun mereka berlatar belakangkan agama dan budaya yang berbeza. Konsep 1 Malaysia ini adalah berlandaskan kepada nilai tolak ansur dan toleransi tanpa mengorbankan nilai-nilai Islam, saling mempercayai dan menghormati dalam kalangan pelbagai kaum. Menurut Morreale (2007), komunikasi manusia sangat sinonim dengan perhubungan awam iaitu keupayaan untuk membina hubungan interpersonal yang kukuh dengan orang awam. Komunikasi merupakan elemen yang sangat penting dalam membina sesebuah pasukan yang kuat. Komunikasi adalah teknik yang sangat berkesan dalam mempengaruhi kehidupan orang awam yang menerima sesuatu yang disampaikan kepada mereka. Sebagai contoh, mereka telah menjalankan kempen dengan menggunakan poster, bunting papan iklan dan banyak lagi dengan mengetengahkan penggunaan logo 1 Malaysia. Oleh itu, teknik komunikasi telah digunakan dalam memperkenalkan konsep 1 Malaysia kepada orang ramai bertujuan untuk masyarakat menjadi yakin dan menjayakan kempen yang dijalankan seperti mempromosi keharmonian etnik, perpaduan negara dan tadbir urus yang cekap adalah matlamat perhubungan awam dalam menetapkan pendirian penduduk mengenai kempen tersebut. Kempen 1 Malaysia dijalankan adalah untuk menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan perpaduan dalam pelbagai etnik tanpa mengira perbezaan etnik dan kepercayaan agama yang mereka anuti. Dalam mempromosi konsep tersebut, perhubungan awam telah menggunakan teknologi media seperti akhbar, televisyen, dan radio. Melalui media tersebut konsep 1 Malaysia dapat disebarkan terus kepada orang ramai tanpa halangan. Pengiktirafan terhadap internet dan inovasi teknologi media baru telah memberikan kempen 1 Malaysia kelebihan untuk mencapai penonton yang lebih luas. Dengan cara tersebut konsep yang telah digarap dapat disebarkan secara meluas kepada semua lapisan masyarakat. Selain itu, kempen gagasan 1 Malaysia dipergiat lagi dengan menjadikan satu laman rasmi yang bertujuan untuk menyampaikan pendapat dan sebagainya untuk memperbaiki lagi konsep yang telah diperkenalkan kepada masyarakat. Melalui laman ini juga, masyarakat berpeluang untuk memberikan pendapat dan kritikan secara bebas mengenai konsep yang diperkenalkan kepada mereka iaitu 1 Malaysia.
    Kepelbagaian yang wujud di Malaysia telah menyebabkan kumpulan etnik tersebut tidak boleh berinteraksi secara informal dalam menyelesaikan perbezaan yang wujud dalam persekitaran mereka dan hal ini disokong oleh perdebatan Goby, 2007. Namun dengan pengenalan yang telah dilakukan oleh perdana menteri kita mengenai 1 Malaysia telah mengikat rakyat yang pelbagai etnik ini untuk sama-sama berkongsi nilai-nilai yang wujud dalam budaya yang mereka ada dan secara tidak langsung konsep yang cuba untuk menyatupadukan masyarakat yang pelbagai budaya dapat diteruskan.

    ReplyDelete
  13. NUR AKMA BINTI MOHAMED (BA13161052)
    Pada tahun 2009, konsep 1 Malaysia telah diperkenalkan di Malaysia bertemakan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Konsep ini diperkenalkan negara Malaysia yang mempunyai pelbagai etnik tetapi mampu menerima antara satu sama lain. Oleh itu, corak komunikasi telah dibentuk agar etnik Melayu, Cina, India dan lain-lain mampu berkomunikasi dan berfikir demi satu Malaysia. Sebagai contoh, negara – negara membangun seperti Amerika Syarikat juga pernah melaksanakan kempen komunikasi kemanusiaan oleh presidennya, Barrack Obama yang lebih menekankan kepada kemahiran kendiri dan kemahiran insaniah. Di malaysia, konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan adalah mempunyai empat bahagian iaitu A, B, C dan D yang mana bahagian D adalah dipecahkan kepada dua seksyen iaitu seksyen yang pertama adalah untuk memberi gambaran keseluruhan konsep 1Malaysia manakala sub-seksyen kedua pula cuba untuk menghubungkan matlamat 1Malaysia dengan bersepadu. Malaysia mempunyai masyarakat yang majmuk seramai 28.8 juta mengikut Unit Perancang Ekonomi (2010) dan masih mengamalkan agama yang pelbagai di samping agama islam adalah agama rasmi Malaysia. Namun, sistem politik, ekonomi, pendidikan dan undang- undang masih kuat dipengaruhi British. Selepas rusuhan kaum 1969, Dasar Ekonomi Baru telah diwujudkan pada 1970 dan objektif utamanya adalah untuk mewujudkan pertumbuhan dan pengagihan kekayaan ekonomi yang lebih seimbang antara orang Melayu dan bukan Melayu. Ia juga bertujuan untuk menghapuskan dominasi etnik berasaskan ekonomi tertentu dan membasmi kemiskinan tanpa mengira latar belakang kaum (Talib, 2000). Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan pada 1991 dan Wawasan 2020 telah dimulakan pada tahun 2000 yang bertujuan untuk pembangunan ekonomi, politik, sosial dan kerohanian rakyat Malaysia. Seterusnya, pegawai perhubungan telah diwujudkan untuk menyampaikan dan menyebarkan maklumat, merancang dan melaksanakan aktiviti untuk meningkatkan imej kerajaan. Konsep atau gagasan 1Malaysia mempunyai lapan nilai iaitu kecemerlangan, daya tahan, penerimaan, pendidikan, integriti, meritokrasi, rendah diri dan kesetiaan. Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak sentiasa menyebut mengenai konsep 1Malaysia ini di dalam setiap ucapan beliau. Selain itu, logo 1Malaysia digunakan dalam pelbagai perkara seperti di kepala surat rasmi kerajaan, alat tulis, baju rasmi menteri, butang lencana, susu 1Malaysia untuk kanak-kanak sekolah, dan lain-lain. Di samping itu, Perdana Menteri turut memperkenalkan teknologi baru kepada rakyat iaitu perkhidmatan jalur lebar dan tanpa wayar, rangkaian 3G dan aplikasi internet serta laman rangkaian sosial bagi memudahkan penyebaran maklumat. Perdana Menteri juga melancarkan Jelajah 1Malaysia untuk memeperkenalkan gagasan 1Malaysia ini. Oleh itu, tidak dinafikan bahawa budaya tolak ansur dan bertoleransi adalah kunci kepada kestabilan ekonomi, budaya dan politik.

    ReplyDelete
  14. Rabiatul Adawiyah Binti Awang (BA13110407)

    Berdasarkan artikel tersebut, kajian dilakukan untuk melihat sejauhmana keberkesanan amalan perhubungan awam menggunakan taktik komunikasi manusia yang telah direka untuk mencapai matlamat satu identiti kebangsaan tunggal untuk pelbagai budaya serta agama di Malaysia. Menurut Morreale (2007), komunikasi manusia sangat sinonim dengan perhubungan awam iaitu keupayaan untuk membina hubungan interpersonal yang kukuh dengan orang awam yang disasarkan. Komunikasi merupakan elemen yang sangat penting dalam membina sesebuah pasukan yang kuat. Hal ini demikian, komunikasi adalah teknik yang sangat berkesan dalam mempengaruhi kehidupan terutamanya orang awam yang mendengar sesuatu yang disampaikan kepada mereka. sebagai contoh, mereka telah menjalankan kempen dengan menggunakan poster, bunting papan iklan dan banyak lagi dengan mengetengahkan penggunaan logo 1 Malaysia. Oleh itu, teknik komunikasi telah digunakan dalam memperkenalkan konsep 1 Malaysia kepada orang ramai supaya masyarakat menjadi yakin dan dapat menjayakan kempen yang dijalankan. Contohnya mempromosi keharmonian etnik, perpaduan negara dan tadbir urus yang cekap adalah matlamat perhubungan awam dalam menetapkan pendirian penduduk mengenai kempen tersebut. Kempen 1 Malaysia dijalankan adalah untuk menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan perpaduan dalam pelbagai etnik tanpa mengira perbezaan etnik dan kepercayaan agama yang mereka anuti. Dalam mempromosi konsep tersebut, perhubungan awam telah menggunakan teknologi media seperti akhbar, televisyen, dan radio. Dalam pada itu, Teori Penetapan Agenda, merupakan salah satu agenda yang boleh disalur melalui komunikasi interpersonal, syarikat pengiklanan atau pelancaran program yang bersifat gagasan 1 Malaysia. Dimana pihak kerajaan atau pengamal perhubungan awam membina satu agenda yang disalurkan melalui media dengan secukupnya kepada rakyat untuk diterima dan disesuaikan. Rakyat akan dipengaruhi dan menerima agenda yang dibina. Contoh platfrom yang menyalurkan agenda kerajaan (Kempen 1 Malaysia) ialah TV1 @ TV2. Melalui media tersebut konsep 1 Malaysia dapat disebarkan terus kepada orang ramai tanpa halangan. Pengiktirafan terhadap internet dan inovasi teknologi media baru telah memberikan kempen 1 Malaysia kelebihan untuk mencapai penonton yang lebih meluas. Dengan cara tersebut konsep yang telah digarap dapat disebarkan secara meluas kepada semua lapisan masyarakat. Selain itu, kempen gagasan 1 Malaysia dipergiat lagi dengan menjadikan satu laman rasmi yang bertujuan untuk menyampaikan pendapat dan sebagainya untuk memperbaiki lagi konsep yang telah diperkenalkan kepada masyarakat. Melalui laman ini juga, masyarakat berpeluang untuk memberikan pendapat dan kritikan secara bebas mengenai konsep yang diperkenalkan kepada mereka iaitu 1 Malaysia. Oleh itu, konsep 1Malaysia yang berteraskan nilai-nilai toleransi serta bertolak ansur dalam pelbagai kaum di Malaysia menjadi kunci kepada kestabilan ekonomi, budaya dan politik dalam negara.

    ReplyDelete
  15. CHRISTINA BT HALMAN (BA13110059)

    Kempen 1Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 2008 merupakan salah satu usaha murni pihak kerajaan dalam mengekalkan keharmonian rakyat pelbagai kaum tanpa menghapuskan entiti budaya masing-masing. Berdasarkan artikel yang dilampirkan , tujuan pengkaji menjalankan kajian tersebut adalah untuk mengenalpasti sejauhmanakah peranan dan fungsi perhubungan awam digunakan dalam menyampaikan mesej kempen secara telus dan terus pengetahuan masyarakat umum. Dalam kempen 1Malaysia ini, penggunaan ruang lingkup perhubungan awam tidak terhad kepada satu medium sahaja , sebaliknya pelbagai jenis saluran media digunakan bagi menjayakan matlamat kempen ini. Antara media perhubungan awam yang digunakan termasuklah pertemuan secara langsung bersama masyarakat , penggunaan identiti 1Malaysia di pelbagai sektor jabatan awam mahupun pihak swasta sama ada dalam bentuk slogan, simbol dan sebagainya. Media massa juga mempunyai fungsinya yang tersendiri dalam menarik perhatian penonton dan pembaca untuk menyokong pelaksanaan kempen 1M ini melalui media cetak dan media elektronik . Teknologi baharu tidak kurang hebatnya dalam menyampaikan mesej kempen kerana ruang lingkupnya yang lebih meluas dan mudah dicapai memudahkan pelaksanaan kempen 1M sekaligus memudahkan usaha pelbagai kajian dijalankan berkaitan penggunaan perhubungan awam dalam menyampaikan mesej-mesej kempen.
    Oleh itu, perhubungan awam merupakan elemen komunikasi yang paling berkesan dalam menyampaikan pelbagai hebahan berita, kempen dan sebagainya bagi mencapai sasaran untuk mengukuhkan sikap dan tingkah laku positif rakyat Malaysia dan penerimaan yang baik untuk gagasan ini bagi memastikan keharmonian rakyat dapat dicapai sekaligus urus tadbir negara dapat dijalankan dengan lebih cekap dan efisien . Namun usaha ini tidak tergalas dipundak satu pihak sahaja, sebaliknya media dan masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing agar gagasan ini mencapai objektif utamanya khususnya untuk kesejahteraan rakyat pelbagai kaum di Malaysia

    ReplyDelete
  16. CONNIE LIAW SWEE LIENG BA13110064
    Tujuan kajian oleh penyelidikan dalam artikel ini ialah mengenai keberkesanan cara berkomunikasi dalam menyatukan pelbagai masyarakat yang berlainan bangsa, etnik dan agama. Artikel ini juga membincangkan bagaimana dasar negara dalam mengekalkan keamanan, keadaan politik, bangsa dan budaya melalui sistem komunikasi. Peranan dan fungsi perhubungan awam sebagai komponen penting dalam komunikasi manusia bagi mempengaruhi komunikasi manusia, menyakinkan dan mendapatkan kepercayaan masyarakat. Sebagai contohnya, pendekatan yang digunakan dalam artikel ini ialah melalui kempen 1 Malaysia yang mempromosikan keharmonian etnik, perpaduan negara dan tadbir urus yang cekap. Cabaran yang ditempuhi oleh Jabatan Perhubungan Awam adalah untuk menetapkan matlamat komunikasi manusia yang memenuhi semua sektor penduduk.
    Menurut Dan Lattimore, 2009, Likelihood Model menyatakan manusia boleh dipengaruhi oleh perkara-perkara yang berulangan dan seterusnya boleh menimbulkan keprcayaan mereka terhadap sesuatu perkara tersebut. Perhubungan awam turut menggunakan model ini dalam mempromosikan konsep 1Malaysia dengan menayangkan poster, tanda, papan iklan dan pelbagai media dengan penggunaan logo 1Malaysia yang berulang-ulang. Manakala Agenda Setting Theory, menurut Cohen, 2009, walaupun media tidak dapat memberitahu orang apa yang perlu difikirkan tetapi masyarakat akan tertarik lalu secara tidak langsung akan memikirkan perkara tersebut.

    ReplyDelete
  17. HAMAMALINI A/P JAGANATHAN (BA13110112)

    Berdasarkan artikel tersebut, tujuan kajian penyelidik adalah untuk menggambarkan amalan perhubungan awam menggunakan taktik komunikasi manusia yang telah dirancang untuk mencapai matlamat satu identiti kebangsaan tunggal untuk pelbagai budaya Malaysia. Persatuan Perhubungan Awam Kanada mentakrifkan perhubungan awam sebagai “pengurusan strategic hubungan antara organisasi dan orang awam yang pelbagai, melalui penggunaan komunikasi untuk mencapai persefahaman bersama, mencapai matlamat organisasi dan menjaga kepentingan awam”. Adnan (2010) menyatakan, "penggunaan strategi perhubungan awam dan taktikal adalah meluas dalam banyak bidang komunikasi kerajaan dan politik". Kempen 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak menekankan konsep “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” digunakan sebagai platform untuk mempamerkan taktik komunikasi manusia dalam menggunakan strategi perhubungan awam untuk mencapai matlamatnya. Gagasan 1Malaysia merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat. Konsep 1Malaysia ini adalah berlandaskan kepada nilai tolak ansur dan toleransi, saling mempercayai dan menghormati dalam kalangan pelbagai kaum. Setiap kaum di Malaysia sebagai rakyat satu komuniti seolah-olah sanggup membiarkan perbezaan mereka dari segi bahasa, kepercayaan agama, sikap dan lain-lain budaya yang tidak sama apabila berhadapan dengan kaum lain. Secara tidak langsung, hal ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia, sanggup bertolak ansur satu sama lain bagi mewujudkan keharmonian Negara. Pelbagai amalan perhubungan awam digunakan untuk mempromosikan kempen 1Malaysia termasuklah:
    1. Pertemuan secara langsung bersama masyarakat. Dalam pendekatan ini Perdana Menteri sendiri bertemu rakyat di tempat-tempat awam untuk mendengar dan mendapatkan pandangan mereka.
    2. Membentuk identity 1Malaysia. Penerimaan kedudukan 1Malaysia juga berlaku dengan menggunakan peralatan biasa seperti penggunaan slogan, ‘tie-in’ dengan produk dan perkhidmatan yang diberikan oleh agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan kepada masyarakat.
    3. Media massa dalam mempromosi konsep 1Malaysia. Iklan televisyen dan radioyang dibuat oleh perniagaan mempromosikan konsep 1Malaysia sebagai satu cara hidup dan iklan ini biasanya termasuk kehadiran atau suara orang dari semua bangsa, tidak kira produk atau perkhidmatan yang dipromosikan.
    4. Penggunaan teknologi baru dalam penyebaran maklumat mengenai konsep 1Malaysia seperti dalam laman social.
    5. Pelaksanaan program kempen 1Malaysia di kawasan awam seperti sekolah dan university. Dengan ini kerajaan berpeluang untuk menyampaikan dan menyebarkan mesej yang ingin disampaikan kepada orang awam.
    Secara kesimpulanya, konsep 1Malaysia adalah dijadikan sebagai satu taktik komunikasi manusia bagi mencapai matlamat identity Malaysia dan menjadikan negara Malaysia yang maju yang berdaya saing.

    ReplyDelete
  18. MARZIANA BINTI SAMEH (BA13161100)
    Berdasarkan artikel tersebut, kajian ini dijalankan untuk melihat sejauhmana teknik komunikasi dapat mengeratkan perhubungan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan agama di Malaysia. Oleh hal yang demikian, Kempen 1Malaysia telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak yang menekankan konsep “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” digunakan sebagai platform untuk mempamerkan taktik komunikasi manusia dalam menggunakan strategi perhubungan awam untuk mencapai matlamatnya. Kempen 1 Malaysia adalah salah satu pendekatan bagi menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan perpaduan dalam pelbagai etnik tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama.

    Dengan adanya kemudahan teknologi media komunikasi seperti internert, televisyen dan radio, ianya memudakan lagi kempen ini disampaikan kepada masyarakat. Hal ini kerana, Komunikasi adalah teknik yang sangat berkesan dalam mempengaruhi kehidupan orang awam yang menerima sesuatu yang disampaikan kepada mereka. Di samping itu, teknik komunikasi yang baik juga haruslah digunakan dalam merealisasikan kempen ini agar dapat menarik perhatian masyarakat seterusnya nilai-nilai murni yang telah diterapkan mampu diamalkan di dalam keidupan seharian.

    Konsep atau gagasan 1Malaysia mempunyai lapan nilai iaitu kecemerlangan, daya tahan, penerimaan, pendidikan, integriti, meritokrasi, rendah diri dan kesetiaan. Oleh itu, kempen atau program yang berkaitan konsep ini haruslah dipergiatkan agar keamanan negara dapat dikekalkan setiap masa.

    ReplyDelete
  19. MUHAMAD MAHSYAIRI BIN MAT SHOH (BA13110243)
    Kempen satu Malaysia merupakan satu usaha kerajaan dalam mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu. Kempen yang dilancarkan pada tahun 2008 ini juga bertujuan untuk mewujudkan satu identiti masyarakat Malaysia walaupun berbeza agama, budaya dan bangsa.
    Dalam artikel ini, tujuan utama penyelidikan ini dijalankan adalah ingin menerangkan bagaimana fungsi perhubungan awam dalam menyampaikan mesej yang berbentuk nasional kepada masyarakat. Dalam hal ini, pelbagai usaha yang dijalankan dalam mempromosi kempen satu Malaysia yang telah di perkenalkan ole perdana menteri. Pelbagai media digunakan bagi mempromosi kempen ini dan tidak terhad kepada hanya satu-satu saluran media sahaja. Contoh seperti perjumpaan secara langsung dengan masyarakat, penggunaan simbol dan slogan di semua jabatan sama ada swasta mahupun kerajaan. Langkah ini dapat menjelaskan kerajaan bukan sahaja hanya menggunakan media seperti TV, media cetak dan sebagainya dalam mempromosi kempen ini tetapi turut turun padang bagi memperkenalkan kempen ini.
    Walau bagaimana pun, elemen komunikasi merupakan komponen yang paling penting untuk menjayakan kempen 1M ini kepada rakyat Malaysia.Ini segala maklumat dan gagasan kerajaan dapat di sampaikan di seluruh rakyat Malaysia secara tepat, jelas dan berkesan bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni dan ini pentadbiran yang cekap. Kerjasama antara semua pihak juga sama ada swasta atau kerajaan amat penting bagi menjayakan kempen ini.

    ReplyDelete
  20. Safinah Bt Jalil ( Ba 13110575 )

    Berdasarkan artikel, isu yang diketengahkan adalah berkaitan peranan dan fungsi perhubungan awam sebagai komponen penting dalam komunikasi manusia untuk mempromosi bagi mendapatkan, meyakinkan dan mempengaruh komunikasi manusia yang turut melibatkan penggunaan strategi perhubungan awam untuk mencapai perpaduan dalam kalangan penduduk Malaysia. Tujuan kajian dijalankan oleh penyelidik adalah untuk melihat peranan amalan perhubungan awam yang digunakan sebagai taktik komunikasi manusia yang direka untuk mencapai suatu matlamat (kempen 1 Malaysia). Kempen 1Malaysia ini dijalankan untuk untuk mempromosikan keharmonian etnik, perpaduan negara dan pentadbiran urus yang cekap, selain mengukuhkan sikap dan tingkahlaku masyarakat untuk bergerak kehadapan tanpa mengira etnik dan agama. Pelbagai usaha yang dijalankan oleh pemimpin negara untuk memastikan budaya yang wujud di Malaysia dapat berinteraksi antara satu sama lain. Menurut Morreale (2007), komunikasi manusia sangat sinonim dengan perhubungan awam iaitu keupayaan untuk membina hubungan interpersonal yang kukuh dengan orang awam yang disasarkan. Teknik komunikasi telah digunakan dalam memperkenalkan konsep 1 Malaysia kepada orang ramai supaya masyarakat berasa yakin dalam menjayakan kempen yang dijalankan. Konsep 1 Malaysia telah diperkenalkan dengan slogan ‘rakyat didahulukan dan percapaian diutamakan’. Tambahan lagi, Konsep 1 Malaysia ini adalah berlandaskan kepada nilai tolak ansur dan toleransi tanpa mengorbankan nilai-nilai Islam, saling mempercayai dan menghormati dalam kalangan pelbagai kaum. Pengiktirafan terhadap internet dan inovasi teknologi media baru telah memberikan kempen 1 Malaysia kelebihan untuk mencapai audiens yang lebih ramai dan dapat disebarkan secara meluas kepada semua lapisan masyarakat. Melalui media tersebut konsep 1 Malaysia dapat disebarkan terus kepada orang ramai tanpa halangan. Kesimpulannya, teknik dalam komunikasi sangat penting dalam menjayakan kempen dan proses pembujukan kepada audiens.

    ReplyDelete
  21. Nor Fazila Bt Enzil ( Ba 13110565 )

    Berdasarkan artikel tersebut, tujuan kajian penyelidik adalah untuk menggambarkan amalan perhubungan awam menggunakan taktik komunikasi manusia yang telah dirancang untuk mencapai matlamat satu identiti kebangsaan tunggal untuk pelbagai budaya Malaysia. Persatuan Perhubungan Awam Kanada mentakrifkan perhubungan awam sebagai “pengurusan strategic hubungan antara organisasi dan orang awam yang pelbagai, melalui penggunaan komunikasi untuk mencapai persefahaman bersama, mencapai matlamat organisasi dan menjaga kepentingan awam”. Adnan (2010) menyatakan, "penggunaan strategi perhubungan awam dan taktikal adalah meluas dalam banyak bidang komunikasi kerajaan dan politik". Kempen 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak menekankan konsep “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” digunakan sebagai platform untuk mempamerkan taktik komunikasi manusia dalam menggunakan strategi perhubungan awam untuk mencapai matlamatnya. Gagasan 1Malaysia merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat. Konsep 1Malaysia ini adalah berlandaskan kepada nilai tolak ansur dan toleransi, saling mempercayai dan menghormati dalam kalangan pelbagai kaum. Setiap kaum di Malaysia sebagai rakyat satu komuniti seolah-olah sanggup membiarkan perbezaan mereka dari segi bahasa, kepercayaan agama, sikap dan lain-lain budaya yang tidak sama apabila berhadapan dengan kaum lain. Secara tidak langsung, hal ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia, sanggup bertolak ansur satu sama lain bagi mewujudkan keharmonian Negara. Pelbagai amalan perhubungan awam digunakan untuk mempromosikan kempen 1Malaysia termasuklah:
    1. Pertemuan secara langsung bersama masyarakat. Dalam pendekatan ini Perdana Menteri sendiri bertemu rakyat di tempat-tempat awam untuk mendengar dan mendapatkan pandangan mereka.
    2. Membentuk identiti 1Malaysia. Penerimaan kedudukan 1Malaysia juga berlaku dengan menggunakan peralatan biasa seperti penggunaan slogan, ‘tie-in’ dengan produk dan perkhidmatan yang diberikan oleh agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan kepada masyarakat.
    3. Media massa dalam mempromosi konsep 1Malaysia. Iklan televisyen dan radio yang dibuat oleh perniagaan telah mempromosikan konsep 1Malaysia sebagai satu cara hidup dan iklan ini biasanya termasuk kehadiran atau suara orang dari semua bangsa, tidak kira produk atau perkhidmatan yang dipromosikan.
    4. Penggunaan teknologi baru dalam penyebaran maklumat mengenai konsep 1Malaysia seperti dalam laman social.
    5. Pelaksanaan program kempen 1Malaysia di kawasan awam seperti sekolah dan universiti. Dengan ini kerajaan berpeluang untuk menyampaikan dan menyebarkan mesej yang ingin disampaikan kepada orang awam.
    Kesimpulanya, konsep 1Malaysia dijadikan sebagai satu taktik komunikasi manusia bagi mencapai matlamat identiti Malaysia dan menjadikan negara Malaysia yang maju yang berdaya saing.

    ReplyDelete
  22. MUHAMMAD KHAIRUL FAHMIN B MOHD NOH (BA13110260)

    Kertas kerja ini cuba untuk menggambarkan amalan perhubungan awam menggunakan taktik komunikasi manusia yang telah dirancang untuk mencapai matlamat satu identiti kebangsaan tunggal untuk pelbagai budaya Malaysia. Ia bertujuan di menegaskan bahawa diperbadankan prinsip-prinsip masa diuji nilai-nilai manusia seperti tolak ansur dan toleransi sambil menambah nilai-nilai Islam seolah-olah menunjukkan hasil yang positif dalam memupuk semangat kebangsaan patriotik di kalangan penduduk pelbagai budaya yang pelbagai daripada orang Islam dan bukan Islam. Ia mengesan usaha kerajaan di dalam menghimpunkan rakyat berbilang kaum dan agama menerusi pelaksanaan kempen dan tanggungjawab sosial korporat bagi kerajaan termasuk Wawasan 2020 yang bertujuan mewujudkan sebuah negara Malaysia yang maju yang akhirnya akan menjadi sebuah negara contoh kepada negara-negara Islam .

    ReplyDelete

  23. RAHMAN BIN SAMSU (BA13161138)

    Berdasarkan artikel di atas, tujuan utama kajian tersebut dibangunkan adalah untuk melihat sejauhmanakah peranan amalan perhubungan awam yang direka sebagai taktik komunikasi manusia dapat mencapai matlamat identiti kebangsaan tunggal untuk kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia. Peranan dan fungsi perhubungan awam merupakan satu komponen penting dalam komunikasi manusia untuk meyakinkan dan mempengaruhi komunikasi manusia.
    Dalam kajian ini, penyelidik telah, mengambil kempen 1Malaysia yang dperkenalkan pada tahu 2008 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak sebagai satu strategi perhubungan awam untuk mencapai matlamat identity kebangsaan dari segi kepelbagaian semua segmen penduduk Malaysia. Kempen ini dilihat berupaya untuk mempromosikan keharmonian etnik, perpaduan dalam kalangan penduduk dan tadbir urus yang effisien agar keharmonian negara dapat dikecapi.
    Secara kesimpulannya, Kempen 1Malaysia bermatlamat untuk memupuk sikap dan tingkahlaku masyarakat yang mapan untuk bergerak kehadapan tanpa mengira etnik, suku dan agama. Oleh itu, bagi menjayakan konsep 1 Malaysia, pelbagai amalan telah terapkan seperti sesi bersemuka secara terbuka diantara Perdana Menteri dan rakyat telah dilakukan untuk membantu Perdana Menteri meninjau keadaan rakyat. Hal ini kerana, Perdana Menteri pastinya dapat menerima pandangan dari rakyat bagi memperbaiki sistem pentadbiran bagi menjaga kebajikan rakyat.
    Seterusnya, penerapan konsep 1Malaysia dalam sektor kerajaan seperti penggunaan slogan dan matlamat bagi membangunkan Konsep 1Malaysia telah dilaksanakan. Selain itu, penggunaan media massa dalam mempromosi konsep 1Malaysia juga turut dilihat sebagai langkah yang efektif untuk mempromosikan konsep ini. Disamping itu, publisiti juga dikuatkan dengan memperbanyakkan penggunaan logo 1Malaysia dalam pengiklanan TV dan dan media cetak. Penggunaan teknologi baharu dalam penyebaran maklumat mengenai konsep 1 Malaysia seperti laman sosial FB, Twitter dan sebagainya turut digunakan agar mesej kempen 1 Malaysia dapat disampaikan dengan lebih luas. Akhir sekali, perlaksanaan program-program kempen 1Malaysia di kawasan awam seperti sekolah dan universiti turut dilakukan agar mesej kempen ini dapat sampai kepada setiap peringkat penduduk negara ini.

    ReplyDelete