NOORASIDAH BINTI IBNU (BA13110293) Poster merupakan satu medium yang penting dalam menyampaikan mesej kempen kepada orang awam. Poster telah digunakan sejak perang Dunia I dan II lagi. Pada masa itu, poster merupakan medium terbaik untuk pemindahan pengetahuan kepada orang ramai. Sehingga kini, poster masih menjadi satu kaedah yang berkaitan komunikasi walaupun kemajuan lain dalam teknologi. Oleh kerana kriteria yang menyakinkan dan bermaklumat, ia mendapat kejayaan untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat disamping menggerakkan masyarakat untuk berubah. Dalam erti kata lain poster dianggap sebagai senjata pujukan yang membawa kepada perubahan. Selain itu, poster juga digunakan sebagai propaganda untuk menyalurkan mesej yang membawa masyarakat kepada satu tujuan. Poster yang digunakan dalam menjalankan sesuatu kempen kerana ia mudah menyalurkan mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat. Hal ini demikian, penggunaan sesuatu poster akan mudah berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan kepada pembaca poster dengan hanya menggunakan gambar dan ayat-ayat yang berkaitan. Pada masa ini, dalam penjagaan kesihatan di Malaysia, poster telah menjadi satu alat komunikasi yang paling penting untuk kerajaan menyampaikan sesuatu maklumat kepada masyarakat. Sebagai contoh, kerajaan telah menggunakan poster dalam penjagaan kesihatan sebagai alat tertentu bagi mencapai kesedaran masyarakat mengenai penyakit kencing manis atau Diabetes. Melalui poster tersebut, masyarakat boleh mengetahui lebih banyak mengenai pelbagai jenis penyakit bergantung kepada kempen yang dijalankan. Semasa perang dunia kedua lagi, orang awam sangat terdedah kepada bahaya menyebabkan kerajaan menjalankan kempen- kempen yang berkaitan terutamanya kempen kesihatan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penjagaan kesihatan. Menurut Novo Nordisk, 2006: 33, poster menjadi satu alat komunikasi yang sangat penting untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang penjagaan kesihatan terutamanya penyakit diabetes. Tujuan sebenar poster diabetes dalam kempen adalah memberi kesedaran mengenai bahayanya dan risiko penyakit diabetes kepada masyarakat awam. Melalui kempen poster diabetes lebih ramai penduduk akan lebih berwaspada dengan cara pemakanan mereka. Hal ini demikian, melalui poster tersebut mereka sudah mendapat maklumat yang cukup untuk menghindarkan diri mereka daripada mendapat penyakit tersebut. Oleh itu, poster yang mengetengahkan mesej mengenai kesihatan akan membantu masyarakat untuk kekal hidup sihat. Kesimpulannya, poster mempunyai kuasa untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat mengenai sesuatu yang dijalankan dalam kempen. Sebgai contoh, kempen kesihatan. Melalui kempen tersebut, lebih ramai rakyat akan mengetahui mengenai penyakit yang berbahaya kepada mereka sekiranya mereka tidak mengambil langkah-langkah pencegahan awal.
Pengetahuan terhadap suatu masalah kesihatan itu penting dalam mengukur tahap kefahaman orang ramai terhadap kempen kesihatan. Malah darjah pendedahan kempen kesihatan boleh dipertingkatkan melalui poster. Poster mempunyai karekteria 'meyakinkan dan bermaklumat' ini adalah medium terbaik dalam menyalurkan penetahuan.
Penggunaan poster dalam kempen kesihatan bukanlah perkara yang baru, kaedah ini telah lama digunakan oleh negara Eropah ketika perang dunia kedua yang telah menjalankan propaganda. Propaganda adalah satu konsep penyebaran maklumat yang dilakukan untuk meraih sokongan atau menakluk minda pihak tertentu. Propaganda ketika itu dijalankan menggunakan medium poster terhadap kempen kesihatan kerana ketika itu bilangan tentera adalah terhad oleh itu tentera di minta untuk kekal sihat demi negara.
Poster merupakan medium yang berkesan digunakan kerana kos poster yang murah dan majoriti dilihat oleh orang ramai (Barrett, 2010). Poster boleh dijana dengan banyak dan boleh dilekat pada bila-bila masa kerana masalah penyakit yang sifat tidak bermusim. Berbanding medium kempen yang lain seperti aktiviti program yang hanya berkala dilakukan dan menelan perbelanjaan yang tinggi belum tentu sasaran audien daripada aktiviti program itu mendapat kesedaran serta merta. Ini dapat dikaitkan dengan kajian yang dilakukan oleh Ward dan Hawthorne (1994) menunjukkan bahawa pesakit yang melihat adanya poster dan mereka membacanya di hospital, dilihat semakin lama mereka menunggu semakin tinggi kemungkinan mereka membaca poster dan mendapat pengetahuan.
Sebagai kesimpulan, langkah penggunaan poster sebagai medium dalam menyampaikan mesej kempen kesihatan adalah langkah yang betul.
KAMSIAH BINTI COKTANG (BA13110149) Berdasarkan buku Kempen dan Pemujukan, Syahruddin Hj. Awang Ahmad, matlamat kempen-kempen kesihatan adalah jelas iaitu untuk menimbulkan kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya memelihara kesihatan dengan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk mencegah penyakit atau untuk mengelak daripada sebarang gangguan ke atas tubuh badan secara biologi. Poster ialah suatu bentuk rekaan grafik yang melibatkan tipografi, ilustrasi, warna dan reka bentuk untuk menyampaikan maklumat secara mudah. Poster yang diangap berjaya adalah poster yang dapat menyampaikan mesej dengan jelas kepada masyarakat. Merekabentuk poster adalah suatu cabaran dalam penyampaian mesej komunikasi yang berkesan. Kajian ini bertujuan untuk memerhati dan mengetahui tentang pendapat awam mengenai kebersanan poster kesihatan sebagai medium komunikasi tentang kesedaran penjagaan kesihatan yang dijalankan oleh kerajaan. Poster digunakan dalam pemindahan pengetahuan. Walaupun kewujudan teknologi yang canggih, namun penggunaan poster sebagai medium berkomunikasi lebih berjaya kerana maklumat yang dipaparkan melalui poster tersebut lebih menyakinkan dan berupaya untuk mewujudkan kesedaran, mendidik dan menggerakkan masyarakat. Kerajaan di negara Eropah pada tahun 1917, telah melangkah ke hadapan dengan menitikberatkan kesihatan rakyat melalui kempen kesihatan yang menggunakan poster. Penggunaan poster berkembang daripada Perancis Belle Epoche semasa 1890, seterusnya tersebar luas ke Eropah dengan menggunakan seni dan mesej yang menarik sebagai instrumen kesihatan (Barett, 2010) Imej visual yang digunakan melalui poster berkesan kerana mempunyai kuasa untuk melibatkan diri dan mendapatkan perubahan tingkah laku bagi meningkatkan kesedaran tentang kesihatan. Hal ini menunjukkan bahawa poster kesihatan awam menjadi satu cara asas bagi kerajaan untuk menyebarkan mesej mengenai kesihatan. Seterusnya, Poster dijadikan sebagai alat komunikasi dalam kempen kesedaran penjagaan kesihatan Diabetes. Poster penjagaan kesihatan diabetes di Malaysia biasanya dilakukan di hospital, pusat-pusat kesihatan dan klinik. Peranan poster diabetes sebagai alat komunikasi untuk mewujudkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan, memindahkan pengetahuan atau maklumat kepada penonton. Poster merupakan alat bagi menyampaikan maklumat tentang penjagaan kesihatan dan alat pendidikan kesihatan dalam membuat perubahan tingkah laku berkaitan kesihatan. Sebagai contoh, penggunaan poster penyakit kencing manis oleh kerajaan bertujuan untuk mencetuskan tentang berbahaya diabetes. Tujuan poster diabetes juga bermaksud "untuk memberitahu risiko penduduk, faktor mendiagnosis dan cara mencegah penyakit ini pada peringkat awal "(Novo Nordisk, 2006: 33). Poster adalah media yang sesuai untuk promosi kesihatan dan akan menjadi menarik untuk melihat sekiranya mesej mereka berkesan dalam proses perubahan tingkah laku dan gaya hidup pesakit "(Ward dan Hawthorne, 1994; 585). Sesuatu poster kesihatan perlulah bermaklumat dan mempunyai ciri-ciri umum yang sesuai dengan maklumat kesihatan yang ingin disampaikan agar dapat menarik masyarakat untuk membaca atau melihat poster tersebut. Hal ini bagi menunjukkan bukti kesedaran, peningkatan pengetahuan dan perubahan sikap dalam kalangan orang ramai yang boleh menentukan atau membuktikan sekiranya poster berkesan (Bu dan Yuran 2010). Kesimpulannya, poster sering digunakan untuk menyampaikan mesej yang digunakan untuk berkomunikasi. Komunikasi melalui poster adalah berkesan sekiranya penerima dapat menerima mesej menjadikannya sebagai sebuah pengetahuan baru. Dalam hal ini, teori konstruktivisme muncul dan menggambarkan bahawa 'komunikasi poster adalah konstruktivisme dalam mendidik orang ramai kepada kesedaran tentang penjagaan kesihatan diabetes.
NUR AKMA BINTI MOHAMED (BA13161052) Poster merupakan satu medium komunikasi dalam penjagaan kesihatan awam sejak Perang Dunia I dan II. Waktu itu, Amerika dan Eropah menggunakan poster untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat dan juga sebagai agen untuk memujuk rakyat agar mempercayai beberapa isu atau untuk menyokong kerajaan. Sejak itu, poster telah digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang terutamanya pendidikan penjagaan kesihatan sehingga kini walaupun telah mengalami kemajuan dalam teknologi. Poster merupakan kertas yang mengandungi teks dan imej grafik. Dalam penjagaan kesihatan, poster merupakan alat tertentu yang digunakan untuk mempengaruhi perubahan tingkah laku dan untuk memupuk kesedaran terhadap penjagaan kesihatan. Semasa perang dunia, poster digunakan untuk menyampaikan kesedaran kesihatan kepada para askar. Kerajaan mewar – warkan langkah pencegahan agar para askar menjauhkan diri daripada melakukan seks dengan ramai perempuan untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit seperti sifilis dan gonorea. Melalui poster juga kerajaan meminta askar kekal sihat demi negara. Kepada orang awam pula, poster dikeluarkan untuk meminta menjaga kesihatan ketika perang meletus. Di Malaysia, pelbagai kempen kesihatan berkaitan diabetes dijalankan dan poster turut digunakan dalam kempen kesedaran ini. Tujuan poster digunakan adalah untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai bahaya diabetes. Namun, walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan kesihatan, statistik diabetes di Malaysia masih lagi belum dapat dikurangkan. Malah, terus meningkat dengan drastik dari 1.6 juta orang pada tahun 2011 kepada 2.6 juta orang pada tahun 2012. Walaubagaimanapun, penggunaan poster terus dipertingkatkan untuk terus memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya diabetes di samping kaedah lain yang digunakan seperti iklan dan kempen. Selain itu, poster turut digunakan untuk menyampaikan kesedaran mengenai pelbagai penyakit kronik yang lain seperti sakit jantung, demam denggi, HIV dan sebagainya.
NURHALIZAH BINTI SAID (BA13161059) Poster merupakan suatu penampilan seni komunikasi tampak, berfungsi menyampaiakan mesej dalam bentuk imej, teks yng mudah, ringkas dan jelas. Gabungan antara teks, ilustrasi yang mudah, jelas dan mudah difahami. Poster juga dimaksudkan sebagai pelekat dengan fungsi yang sama untuk menyebarkan maklumat, pengumuman dalam bentuk pengiklanan, kempen dan fungsi-fungsi tertentu untuk berkomunikasi. Penggunaaan poster telah digunakan meluas dalam dalam banyak bidang antaranya ialah dalam bidang kesihatan. Poster telah digunakan secara meluas dalam bidang kesihatan sebagai alat untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat terutamanya dalam melihat perubahan tingkah laku masyarakat dalam penjagaan kesihatan. Malaysia telah menjalankan pelbagai kempen kesihatan dengan menggunakan poster antaranya adalah kempen kesedaran diabetes. Penggunaan poster dalam kempen adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya diabetes. Dalam hal ini, poster dilihat sebagai medium yang terbaik dalam maklumat serta pengetahuan kepada masyarakat awam dan juga merupakan satu senjata pujukan yang sangat berkesan dari segi perubahan kesedaran masyarakat tentang kesihatan. Selain itu, apa yang dapat kita lihat, penggunaan poster telah banyak membantu serta menyumbang kepada kesedaran kesihatan kepada masyarakat. Sebagai contoh, semasa perang dunia poster digunakan untuk memberi kesedaran kepada para askar berkaitan penjagaan kesihatan. Oleh itu poster telah digunakan secara meluas untuk menyebarkan maklumat atau mesej mengenai kesihatan. Poster juga merupakan alat komunokasi dalam kesedaran penjagaan kesihatan. Poster penjagaan kesihatan di Malaysia biasanya dapat dilihat di hospital-hospital, pusat-pusat kesihatan dan juga klinik. Peranan poster dalam kesedaran penjagaan kesihatan juga adalah untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat terutamanya dalam melihat tindak balas dari masyarakat atau pandangan mereka berkaitan kempen kesihatan. Menurut Ward dan Hawthorne, (1994) Poster adalah media yang sesuai dalam promosi kesihatan dan ia akan menjadi lebih menarik jika mesej yang disampaikan berkesan dalam proses tingkah laku dan proses gaya hidup pesakit. Walau bagaimanapun, dengan adanya poster di setiap kawasan tumpuan masyarakat mereka akan mudah untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan penjagaan kesihatan kerana dengan membaca poster yang sudah tersedia mereka secara tidak langsung akan mengetahui maklumat tersebut dengan lebih lanjut.
Pada umumnya poster terdiri atas kata‑kata, gambar, atau kombinasi antara keduanya yang ditempatkan (dipasang) ditempat‑tempat yang ramai akan masyarakat. Hal ini bertujuan agar dapat menarik masyarakat untuk melihat poster tersebut. Dibuatnya sebuah poster tentu bukan tanpa sebab, tetapi memiliki maksud dan tujuan sendiri. Secara umum tujuan dan maksud dibuatnya poster adalah sebagai media publikasi agar masyarakat boleh membacanya dan melakukan sesuatu sesuai dengan apa yang ada dalam poster tersebut. Tetapi secara khusus maksud dan tujuan dibuatnya poster bergantung dengan objektif pelaksana kempen , untuk tujuan komersil, mencari perhatian masyarakat, dan sebagainya. Mesej merupakan maklumat berupa perkataan, isyarat yang digunakan dalam perpindahan maklumat antara pengirim dan penerima. Mesej merupakan nadi kepada proses komunikasi kerana tanpa mesej , usaha menyampaikan mesej tidak berlaku kerana tiada berlakunya proses interaksi antara penerima dan pengirim mesej. Poster yang digunakan dalam menjalankan sesuatu kempen kerana ia mudah menyalurkan mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat. Hal ini demikian, penggunaan sesuatu poster akan mudah berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan kepada pembaca poster dengan hanya menggunakan gambar dan ayat-ayat yang berkaitan. Poster merupakan medium yang berkesan digunakan kerana kos poster yang murah dan majoriti dilihat oleh orang ramai (Barrett, 2010). Poster boleh dijana dengan banyak dan boleh dilekat pada bila-bila masa kerana masalah penyakit yang sifat tidak bermusim. Berbanding medium kempen yang lain seperti aktiviti program yang hanya berkala dilakukan dan menelan perbelanjaan yang tinggi belum tentu sasaran audien daripada aktiviti program itu mendapat kesedaran serta merta. Imej visual yang digunakan melalui poster berkesan kerana mempunyai kuasa untuk melibatkan diri dan mendapatkan perubahan tingkah laku bagi meningkatkan kesedaran tentang kesihatan. Hal ini menunjukkan bahawa poster kesihatan awam menjadi satu cara asas bagi kerajaan untuk menyebarkan mesej mengenai kesihatan. Poster merupakan alat bagi menyampaikan maklumat tentang penjagaan kesihatan dan alat pendidikan kesihatan dalam membuat perubahan tingkah laku berkaitan kesihatan. Sebagai contoh, penggunaan poster penyakit kencing manis oleh kerajaan bertujuan untuk mencetuskan tentang berbahaya diabetes.
Poster adalah satu medium yang penting dalam penyampaian mesej terhadap orang awam. Poster sebenarnya digunakan sejak perang Dunia I dan II. Pada masa itu, poster merupakan medium terbaik untuk pemindahan pengetahuan kepada orang ramai. Sehingga kini, poster masih menjadi satu kaedah yang berkaitan komunikasi walaupun kemajuan lain dalam teknologi. Oleh kerana kriteria yang menyakinkan dan bermaklumat, ia mendapat kejayaan untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat disamping menggerakkan masyarakat untuk berubah. Dalam erti kata lain poster dianggap sebagai senjata pujukan yang membawa kepada perubahan. Selain itu, poster juga digunakan sebagai propaganda untuk menyalurkan mesej yang membawa masyarakat kepada satu tujuan.
Pada masa ini, dalam penjagaan kesihatan di Malaysia, poster telah menjadi satu alat komunikasi yang paling penting untuk kerajaan menyampaikan sesuatu maklumat kepada masyarakat. Sebagai contoh, kerajaan telah menggunakan poster dalam penjagaan kesihatan sebagai alat tertentu bagi mencapai kesedaran masyarakat mengenai penyakit kencing manis atau Diabetes. Melalui poster tersebut, masyarakat boleh mengetahui lebih banyak mengenai pelbagai jenis penyakit bergantung kepada kempen yang dijalankan. Semasa perang dunia kedua lagi, orang awam sangat terdedah kepada bahaya menyebabkan kerajaan menjalankan kempen- kempen yang berkaitan terutamanya kempen kesihatan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penjagaan kesihatan. Poster adalah media yang sesuai untuk promosi kesihatan dan akan menjadi menarik untuk melihat sekiranya mesej mereka berkesan dalam proses perubahan tingkah laku dan gaya hidup pesakit . Sesuatu poster kesihatan perlulah bermaklumat dan mempunyai ciri-ciri umum yang sesuai dengan maklumat kesihatan yang ingin disampaikan agar dapat menarik masyarakat untuk membaca atau melihat poster tersebut. Hal ini bagi menunjukkan bukti kesedaran, peningkatan pengetahuan dan perubahan sikap dalam kalangan orang ramai yang boleh menentukan atau membuktikan sekiranya poster berkesan.
Artikel ini menerangkan bagaimana gambar dapat menjayakan matlamat kempen alam sekitar atas talian. Di mana gambar digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada penonton.
Teknik ini juga dapat diterapkan dalam kempen-kempen lain seperti kempen kesihatan. Melalui poster masyarakat boleh mendapat maklumat mengenai bahaya sesuatu penyakit, cara ia merebak, dan bagaimana ia dapat dicegah. Sebagai contoh, kempen pencegahan influenza H1N1, di mana poster-poster berkaitan langkah pencegahan banyak diedarkan melaui poster, television, internet dan radio. Kebanyakan dari poster ini menerangkan bahawa H1N1 ini merupakan virus yang disebarkan oleh babi akibat dari pencantuman pelbagai jenis virus dan cara pencegahannya seperti sentiasa mencuci tangan, memakai pelindung mulut dan hidung ketika di tempat awam, dan sebagainya.
SARIMAH BINTI AMIR (BA13110579) Poster merupakan satu medium komunikasi dalam penjagaan kesihatan awam sejak Perang Dunia pertama dan kedua. Dari senario ini ikonik, istilah propaganda poster telah muncul. Sehingga kini, poster telah digunakan secara meluas dalam banyak bidang terutama pendidikan penjagaan kesihatan. Poster dalam penjagaan kesihatan sebagai tertentu adalah alat dan sederhana untuk perubahan kesihatan tingkah laku untuk mencapai kesedaran penjagaan kesihatan. Penggunaan poster oleh kerajaan bertujuan untuk mencetuskan awam pada penggera berbahaya diabetes. Walau bagaimanapun, walaupun pelbagai usaha daripada kerajaan kepada orang ramai melalui poster diabetes, statistik diabetes Malaysia masih meningkat secara drastik dari 1.6 juta pada tahun 2011 kepada 2.6 juta pada tahun 2012. Peningkatan yang besar dalam statistik menjemput siasatan ke atas peranan poster diabetes sebagai medium komunikasi kepada kesedaran penjagaan kesihatan diabetes. Semasa Perang Dunia pertama (1914-1918) dan Perang Dunia kedua (1939-1945), poster adalah senjata di Eropah negara sebagai agen pujukan untuk memujuk rakyat untuk mempercayai beberapa isu atau untuk menyokong kerajaan inisiatif. Sejak penggunaan besar-besaran poster oleh kerajaan sebagai alat komunikasi yang berkesan, poster kemudiannya dipanggil propaganda. Propaganda ertinya penyebaran idea-idea dan pendapat yang mungkin benar atau palsu tetapi bertujuan untuk mendapatkan orang untuk percaya kepada mereka (Aylett, 1988). "Propaganda boleh ditakrifkan sebagai suatu siri tertumpu mesej yang bertujuan untuk mengubah pendapat atau kelakuan kumpulan individu. (Inglis, 2008; 262). Kerajaan di Eropah telah melangkah ke hadapan untuk menjaga orang yang sihat dengan kempen-kempen kesihatan juga dengan menggunakan poster. Penggunaan poster berkembang daripada Perancis Belle Epoche kegilaan poster semasa 1890, maka ia tersebar luas ke Eropah dengan seni menarik dan mesej secara paksa sebagai instrumen kesihatan (Barett, 2010). Poster yang telah digunakan semasa Perang Dunia kedua di antara 1941-1944. Imej visual berkesan dalam poster mempunyai kuasa untuk melibatkan diri dan mendapatkan perubahan tingkah laku yang meningkatkan kesihatan. Ini adalah sebab utama mengapa poster kesihatan awam telah menjadi satu cara asas bagi kerajaan untuk menyebarkan mesej mengenai kesihatan. Poster penjagaan kesihatan diabetes di Malaysia biasanya ditimbulkan di hospital-hospital, pusat-pusat kesihatan dan klinik. Peranan diabetes kesedaran penjagaan kesihatan poster adalah untuk memindahkan pengetahuan kepada penonton. Walau bagaimanapun, peranan itu dipersoalkan apabila statistik diabetes dalam Malaysia bagi tahun 2012 telah meningkat kepada 2.6 juta berbanding 1.6 juta pada tahun 2011. Dalam penjagaan kesihatan Malaysia, poster menjadi salah satu alat komunikasi yang paling penting daripada kerajaan kepada orang ramai. Terdapat pelbagai kempen diabetes di seluruh negara dengan bantuan poster. Poster dalam penjagaan kesihatan sebagai tertentu adalah alat dan sederhana untuk pendidikan kesihatan dan kesihatan tingkah laku perubahan kepada mencapai kesedaran penjagaan kesihatan. Terdapat pendekatan dalam kajian-kajian lain sebelum ini yang telah terbukti praktikal dan berguna. Ia adalah bukti kesedaran, peningkatan pengetahuan dan perubahan sikap dalam kalangan orang ramai boleh membuktikan poster berkesan (Bu dan Yuran 2010. Kajian ini mengadaptasi Ward dan Hawthorne (1994) untuk mengetahui sama ada orang melihat poster dan sama ada mereka membacanya. Komunikasi melalui poster adalah apabila penerima menerima mesej dan bertukar menjadi sebuah pengetahuan baru. Dalam hal ini, teori konstruktivisme muncul dan menggambarkan bahawa 'komunikasi poster adalah konstruktivisme dalam mendidik orang ramai kepada kesedaran penjagaan kesihatan diabetes.
Artikel tersebut mengkaji tentang bagaimana poster digunakan untuk menyampaikan sesuatu mesej dalam kempen kesihatan. Poster merupakan salah satu medium untuk menyampaikan ilmu atau sesuatu mesej kepada orang awam. Di Malaysia, kementerian kesihatan telah menggunakan poster dalam menjayakan kempen kesihatan bagi menarik perhatian masyarakat seperti kempen Diabetes dan sebagainya. Poster yang dipamerkan mempunyai mesej tersendiri dan mempunyai maklumat penting untuk difahami dengan mudah oleh orang awam.
Poster diabetes ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada orang ramai tentang bahayanya penyakit ini serta pentingnya menjaga kesihatan. Oleh hal yang demikian, masyarakat akan lebih berwaspada dan menjaga kesihatan masing-masing supaya tidak dijangkiti oleh simptom-simptom diabetes. Di samping itu, poster juga digunakan sebagai senjata untuk memujuk orang awam terhadap sesuatu isu berkaitan kempen kesihatan. Selain itu, bagi menghindarkan diri daripada penyakit diabetes poster adalah alternatif yang terbaik bagi meningkatkan kesedaran orang awam tentang penyakit tersebut. Pada kebiasaannya, poster diabetes di Malaysia banyak dipamerkan di hospital-hospital, pusat penjagaan kesihatan dan klinik-klinik.
Kesimpulannya, poster merupakan alat komunikasi yang penting dalam mempengaruhi dan memberikan pengetahuan penting kepada orang awam terutamanya berkaitan dengan kempen kesihatan.
Poster merupakan salah satu media yang terdiri daripada teks, gambar ataupun kombinasi kedua-dua item ini. Ia bertujuan untuk memberikan maklumat kepada khalayak ramai. Poster lazimnya dipasang ditempat-tempat umum yang berkedudukan strategik seperti tempat yang menjadi tumpuan laluan orang ramai. Bahasa dan kaedah penyampaian maklumat dalam poter adalah singkat, padat dan mampu memotivasikan pembaca.Poster dibuat atas tujuan komersial untuk mengiklankan sesuatu produk, namun terdapat juga poster yang dihasilkan bertujuan untuk mendidik serta memberi kesedaran kepada masyarakat umum.Sebagai contoh, poster mengenai kesihatan adalah seperti 'sayangi jantung anda', 'bahaya alkohol','cegah H1N1' dan pelbagai lagi poster mengenai kesihatan individu dan keluarga. Poster kesihatan adalah sekeping poster yang memuatkan maklumat yang berkaitan dengan kesihatan yang bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pemahaman kepada semua masyarakat.Contohnya penekanan mengenai kepentingan menjaga kesihatan, penerapan pola hidup sihat,kesan obesiti,bahaya merokok dan lain-lain. Di Malaysia, pelbagai kempen kesihatan berkaitan diabetes dijalankan dan poster turut digunakan dalam kempen kesedaran ini. Sebagai contoh, Kempen Kesedaran Diabetes yang bermatlamat menggalakkan orang ramai memainkan peranan aktif dalam pendidikan dan pencegahan penyakit itu di kalangan ahli keluarga.Kempen ini dilakukan melalui pelbagai strategi bagi menarik perhatian masyarakat, salah satunya adalah penggunaan poster kesihatan mengenai isu ini.Poster ini digunakan bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai bahaya diabetes.Walaubagaimanapun, statistik diabetes di Malaysia masih belum dapat dikurangkan setelah pelbagai kempen kesihatan dijalankan.Lagi menyedihkan apabila statistik terus menunjukkan peningkatan secara berterusan daripada 1.6 juta orang pada tahun 2012.Oleh itu, penggunaan poster perlu ditambah lagi dan diletakkan di tempat-tempat awam supaya masyarakat sentiasa diingatkan tentang bahaya diabetes ini.Melalui poster tersebut masyarakat mudah mendapat maklumat yang padat dan seterusnya mengelakkan daripada mendapat penyakit tersebut. Kesimpulannya, penggunaan poster mempunyai kelebihan tersendiri, diantaranya adalah teks yang ringkas dan padat memudahkan pembacaan audien secara berkesan, dibantu oleh penggunaan imej memudahkan lagi pemahaman audien mengenai sesuatu mesej kesihatan. Melalui penggunaan poster juga, ia lebih mesra pengguna kerana ia boleh dibaca secara berulang-ulang kali oleh audien sehingga mereka mencapai tahap kefahaman sendiri.
Poster merupakan suatu bentuk rekaan grafik yang melibatkan penggunaan mukataip, ilustrasi, gambarfoto, warna, reka letak yang dihasilkan dalam bentuk 2D dan digubah untuk menyampaikan maklumat atau mesej secara mudah kepada sesuatu kumpulan sasaran. Poster lazimnya digunakan sebagai medium penting untuk menjayakan sesuatu program atau kempen termasuklah kempen kesihatan. Kempen kesihatan pula merujuk kepada kempen konvensional yang dijalankan untuk menimbulkan kesedaran masyarakat umum tentang kepentingan penjagaan kesihatan dengan mengambil langkah-langkah bersesuaian bagi mencegah dan mengelakkan risiko gangguan terhadap tubuh badan secara biologi. Kajian dalam lampiran tersebut dijalankan untuk mengetahui dan mengenalpasti sejauhmanakah kepentingan penggunaan poster dalam menyampaikan mesej kempen kesihatan kepada audien yang ditargetkan khususnya orang awam. Lazimnya, poster yang digunakan dalam pelbagai jenis kempen termasuklah kempen kesihatan merupakan gabungan komposisi antara muka taip dengan imej grafik. Hal ini kerana, gabungan kedua-dua elemen ini bersifat lebih interaktif seolah-olah mampu berkomunikasi dengan pembaca sekaligus membujuk audien melalui penguasaan secara mentaliti. Bukan itu sahaja, penggunaan poster dalam kempen kesihatan seperti Kempen Pencegahan Diabetes yang dijalanka, dilihat lebih eksplisit, mudah dijana, mengunakan kos yang rendah dan mudah di tampal dimana-mana sahaja. Poster-poster sebegini biasanya ditampal di ruangan hospital, klinik awam mahupun swasta, pejabat-pejabat kerajaan dan sebagainya. Secara justifikasinya , penggunaan elemen poster dalam kempen kesihatan mempunyai pengaruhnya yang tersendiri dalam membujuk audien memahami mesej yang hendak disampaikan . Walau bagaimanapun, penggunaan poster perlulah bersesuaian mengikut keadaan semasa dan sesuai untuk pembacaan pelbagai peringkat umur bagi mengelakkan berlakunya kecelaruan dalam memahami mesej kempen kesihatan yang hendak disampaikan.
NORFAZILA BINTI ENZIL (BA13110565) Poster merupakan bahan utama yang menjadi medium perantaraan antara manusia untuk berinteraksi dan menyampaikan massage terutamanya daripada orang tertentu kapada orang awam. Biasanya poster di gunakan untuk berkempen. Tujuan poster di buat adalah untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat disamping menggerakkan masyarakat untuk berubah. Walaupun Negara telah mengalami pembangunan teknologi namun penggunaan poster masih digunakan secara meluas dalam banyak bidang terutama pendidikan penjagaan kesihatan. Penggunaan poster dalam kempen penjagaan kesihatan sanggat mempengaruhi orang awam untuk melakukan perubahan, terutamanya dari segi tingkah laku dan gaya hidup individu tersebut. Pada tahun 2011 kerajaan telah menggunakan poster sebagai langkah menyampaikan massage kesedaran kepada orang awam tentang bahayanya diabetes. Seperti mana yang kita tahu, statistik diabetes Malaysia masih meningkat secara drastik dari 1.6 juta pada tahun 2011 kepada 2.6 juta pada tahun 2012. Peningkatan yang besar dalam statistik ini telah menggalakkan pihak kerajaan untuk menyiasat punca diabetes dalam kalangan rakyat di Malaysia. Penggunaan poster pula untuk memberi kesedaran kepada rakyat terhadap bahayanya diabetes telah menjadi medium utama komunikasi terhadap kesedaran penjagaan kesihatan kepada orang awam. Terdapat pendekatan dalam kajian-kajian lain sebelum ini yang telah terbukti praktikal dan berguna. Ia adalah bukti kesedaran, peningkatan pengetahuan dan perubahan sikap dalam kalangan orang ramai boleh membuktikan poster berkesan (Bu dan Yuran 2010. Kajian ini mengadaptasi Ward dan Hawthorne (1994) untuk mengetahui sama ada orang melihat poster dan sama ada mereka membacanya. Kesimpulanya poster yang menarik, ringkas dan mudah di fahami mampu mempengaruhi individu tertentu untuk berubah mengikut massage yang di sampaikan melalui kempen.
Dalam kita menyampaikan sesuatu mesej kaedah yang sesuai amat penting agar mesej tersebut dapat disampaikan. Dalam hal ini, penggunaan poster merupakan salah satu kaedah yang bijak. Poster adalah suatu penampilan seni komunikasi tampak, berfungsi menyampaikan mesej dalam bentuk imej, teks yang mudah, ringkas dan jelas. Poster merupakan salah satu medium yang penting dalam menyampaikan mesej. Dalam hal ini, kempen penjagaan kesihatan merupakan sesuatu yang penting. Oleh itu, penggunaan poster dalam kempen ini juga memastikan mesej dapat di sampaikan. Ini kerana, melalui poster, segala maklumat dapat di sampaikan sama ada dalam bentuk foto atau teks. Poster juga mempunyai karekteria 'meyakinkan dan bermaklumat' dalam menyampaikan mesej. Berbanding kaedah lain poster antara salah satu kaedah yang baik dalam melancarkan kempen terutamanya berkaitan kesihatan. Dalam hal ini, Poster telah digunakan secara meluas dalam bidang kesihatan sebagai alat untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat terutamanya dalam melihat perubahan tingkah laku masyarakat dalam penjagaan kesihatan. Penggunaan poster dalam bidang perubatan ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat berkenaan jenis penyakit selain memberi maklumat. Selain itu juga, melalui penggunaan poster juga dapat meyakinkan masyarakat berkenaan sesuatu penyakit seperti penyakit kencing manis, diabetes dan sebagainya. Dalam hal ini, poster berkenaan penjagaan kesihatan biasanya dapat dilihat di hospital kerajaan, swasta dan klinik. Penggunaan poster ini dalam bidang perubatan bertujuan memberi kesedaran dan gambaran dengan lebih jelas berkenaan sesuatu penyakit. Oleh itu, penggunaan poster ini antara kaedah yang amat baik sebagai alat berkomunikasi kerana poster ini dapat menerangkan dengan lebih jelas berkenaan sesuatu maklumat yang ingin di sampaikan kerana menggunakan elemen grafik dan teks yang menarik serta ringkas.
PATMA BINTI JUL (BA13110402) Poster ialah suatu bentuk rekaan grafik yang melibatkan tipografi, ilustrasi, warna dan reka bentuk untuk menyampaikan maklumat secara mudah. Poster yang digunakan dalam menjalankan sesuatu kempen kerana ia mudah menyalurkan mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat.Berdasarkan buku Kempen dan Pemujukan, Syahruddin Hj. Awang Ahmad, matlamat kempen-kempen kesihatan adalah jelas iaitu untuk menimbulkan kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya memelihara kesihatan dengan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk mencegah penyakit atau untuk mengelak daripada sebarang gangguan ke atas tubuh badan secara biologi. Penggunaan sesuatu poster akan memuahkkan komunikasi secara lisan dan bukan lisan kepada pembaca poster dengan hanya menggunakan gambar dan ayat-ayat yang berkaitan. Pada masa ini, dalam penjagaan kesihatan di Malaysia, poster telah menjadi satu alat komunikasi yang paling penting untuk kerajaan menyampaikan sesuatu maklumat kepada masyarakat. Sebagai contoh, kerajaan telah menggunakan poster dalam penjagaan kesihatan sebagai alat tertentu bagi mencapai kesedaran masyarakat mengenai penyakit kencing manis atau Diabetes. Melalui poster tersebut, masyarakat boleh mengetahui lebih banyak mengenai pelbagai jenis penyakit bergantung kepada kempen yang dijalankan. Semasa perang dunia kedua lagi, orang awam sangat terdedah kepada bahaya menyebabkan kerajaan menjalankan kempen- kempen yang berkaitan terutamanya kempen kesihatan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penjagaan kesihatan. Selaan itu,penggunaan poster telah banyak membantu serta menyumbang kepada kesedaran kesihatan kepada masyarakat. Dalam erti kata lain poster dianggap sebagai senjata pujukan yang membawa kepada perubahan. Selain itu, poster juga digunakan sebagai propaganda untuk menyalurkan mesej yang membawa masyarakat kepada satu tujuan.
Berdasarkan artikel diatas, kajian yang dijalankan adalah tentang bagaimana poster digunakan sebagai medium berguna untuk menyampaikan mesej kempen kesihatan. poster merupakan karya seni atau reka bentuk grafik yang memuat komposisi gambar dan huruf di atas kertas. Sifat poster yang menarik berperanan untuk mencari perhatian orang ramai untuk melihatnya. Kerana itu poster biasanya dibuat dengan warna-warna kontras bagi mewujudkan ciri-ciri yang kuat untuk menarik minat audiens untuk melihat dan mengamatinya. Sejarah poster menunjukkan penggunaanya bermula sejak perang Dunia I dan II. Pada masa itu, poster merupakan salah satu medium pemindahan pengetahuan kepada orang ramai dan penggunaannya berterusan sehingga ke hari ini. Poster juga dianggap sebagai senjata memujuk yang mampu membawa perubahan kepada penerima mesej yang membawa masyarakat kepada satu tujuan.
Poster telah digunakan secara meluas dalam bidang kesihatan sebagai alat untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat terutamanya dalam melihat perubahan tingkah laku masyarakat dalam penjagaan kesihatan. Malaysia telah menjalankan pelbagai kempen kesihatan dengan menggunakan poster antaranya adalah kempen kesedaran diabetes. Penggunaan poster dalam kempen adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya diabetes. Dalam hal ini, poster dilihat sebagai medium yang terbaik dalam maklumat serta pengetahuan kepada masyarakat awam dan juga merupakan satu senjata pujukan yang sangat berkesan dari segi perubahan kesedaran masyarakat tentang kesihatan.
Menurut Ward dan Hawthorne (1994), Poster merupakan medium yang sesuai dalam mempromosikan kesihatan dan berupaya menjadi lebih baik sekiranya mesej yang disampaikan berkesan dalam proses mengubah tingkah laku dan gaya hidup pesakit. Oleh itu, penggunaan poster telah banyak membantu serta menyumbang kepada kesedaran kesihatan kepada masyarakat. Sewaktu perang dunia berlaku, poster digunakan untuk memberi kesedaran kepada para askar berkaitan penjagaan kesihatan iaitu tentang bahaya melakukan seks dengan ramai perempuan kerana mampu mengundang masalah jangkitan seperti sifilis dan gonorea. Pada masa kini, poster telah digunakan secara meluas untuk menyebarkan maklumat atau mesej mengenai kesihatan.
Di Malaysia poster kesihatan di sering dilihat di hospital-hospital, pusat-pusat kesihatan dan juga klinik. Peranan poster dalam penjagaan kesihatan juga sangat penting untuk membekalkan informasi kepada masyarakat tentang pentingnya penjagaan kesihatan. Kerajaan malaysia telah menggunakan poster dalam penjagaan kesihatan sebagai medium untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penyakit kencing manis atau Diabetes. Melalui poster tersebut, masyarakat dapat mengetahui lebih lanjut mengenai apa itu diabetes, kesannya dan rawatan terbaik bagi diabetes.
Kesimpulannya, poster merupakan salah satu medium pembujukan yang mampu menyampaikan mesej kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya penjagaan kesihatan. Hal ini kerana, poster dilihat sangat berkesan untuk memberi kesedaran dan informasi tentang pentingnya penjagaan kesihatan. Oleh itu, pemanfaatan poster dalam menyampaikan mesej kempan adalah perlu diteruskan dan diperbaiki dari masa ke semasa.
Poster merupakan suatu bentuk rekaan grafik yang melibatkan tipografi, ilustrasi, warna dan reka bentuk untuk menyampaikan maklumat secara mudah. Poster yang diangap berjaya adalah poster yang dapat menyampaikan mesej dengan jelas kepada masyarakat. Merekabentuk poster adalah suatu cabaran dalam penyampaian mesej komunikasi yang berkesan. Kajian ini bertujuan untuk memerhati dan mengetahui tentang pendapat awam mengenai kebersanan poster kesihatan sebagai medium komunikasi tentang kesedaran penjagaan kesihatan yang dijalankan oleh kerajaan. Poster digunakan dalam pemindahan pengetahuan. Walaupun kewujudan teknologi yang canggih, namun penggunaan poster sebagai medium berkomunikasi lebih berjaya kerana maklumat yang dipaparkan melalui poster tersebut lebih menyakinkan dan berupaya untuk mewujudkan kesedaran, mendidik dan menggerakkan masyarakat. Kerajaan di negara Eropah pada tahun 1917, telah melangkah ke hadapan dengan menitikberatkan kesihatan rakyat melalui kempen kesihatan yang menggunakan poster. Penggunaan poster berkembang daripada Perancis Belle Epoche semasa 1890, seterusnya tersebar luas ke Eropah dengan menggunakan seni dan mesej yang menarik sebagai instrumen kesihatan (Barett, 2010) Imej visual yang digunakan melalui poster berkesan kerana mempunyai kuasa untuk melibatkan diri dan mendapatkan perubahan tingkah laku bagi meningkatkan kesedaran tentang kesihatan. Hal ini menunjukkan bahawa poster kesihatan awam menjadi satu cara asas bagi kerajaan untuk menyebarkan mesej mengenai kesihatan. Seterusnya, Poster dijadikan sebagai alat komunikasi dalam kempen kesedaran penjagaan kesihatan Diabetes. Poster penjagaan kesihatan diabetes di Malaysia biasanya dilakukan di hospital, pusat-pusat kesihatan dan klinik. Peranan poster diabetes sebagai alat komunikasi untuk mewujudkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan, memindahkan pengetahuan atau maklumat kepada penerima mesej atau masyarakat.
NORLIDAYU BINTI PELI (BA13161102) Artikel tersebut mengkaji tentang bagaimana poster digunakan untuk menyampaikan sesuatu mesej dalam kempen kesihatan. Poster lazimnya digunakan sebagai medium penting untuk menjayakan sesuatu program atau kempen termasuklah kempen kesihatan..Berdasarkan buku Kempen dan Pemujukan, Syahruddin Hj. Awang Ahmad, matlamat kempen-kempen kesihatan adalah jelas iaitu untuk menimbulkan kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya memelihara kesihatan dengan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk mencegah penyakit atau untuk mengelak daripada sebarang gangguan ke atas tubuh badan secara biologi. Poster telah digunakan secara meluas dalam bidang kesihatan sebagai alat untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat terutamanya dalam melihat perubahan tingkah laku masyarakat dalam penjagaan kesihatan. Malaysia telah menjalankan pelbagai kempen kesihatan dengan menggunakan poster antaranya adalah kempen kesedaran diabetes. Penggunaan poster dalam kempen adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya diabetes. Dalam hal ini, poster dilihat sebagai medium yang terbaik dalam maklumat serta pengetahuan kepada masyarakat awam dan juga merupakan satu senjata pujukan yang sangat berkesan dari segi perubahan kesedaran masyarakat tentang kesihatan. Melalui poster tersebut, masyarakat boleh mengetahui lebih banyak mengenai pelbagai jenis penyakit bergantung kepada kempen yang dijalankan. Semasa perang dunia kedua lagi, orang awam sangat terdedah kepada bahaya menyebabkan kerajaan menjalankan kempen- kempen yang berkaitan terutamanya kempen kesihatan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penjagaan kesihatan. Kesimpulanya poster yang menarik, ringkas dan mudah di fahami mampu mempengaruhi individu tertentu untuk berubah mengikut massage yang di sampaikan melalui kempen.
Pengetahuan terhadap suatu masalah kesihatan itu penting dalam mengukur tahap kefahaman orang ramai terhadap kempen kesihatan. Malah darjah pendedahan kempen kesihatan boleh dipertingkatkan melalui poster. Poster mempunyai karekteria 'meyakinkan dan bermaklumat' ini adalah medium terbaik dalam menyalurkan pengetahuan. Penggunaan poster dalam kempen kesihatan bukanlah sesuatu perkara yang baru, kaedah ini telah lama digunakan oleh negara Eropah ketika perang dunia kedua yang telah menjalankan propaganda. Propaganda adalah satu konsep penyebaran maklumat yang dilakukan untuk meraih sokongan atau menakluk minda pihak tertentu. Propaganda ketika itu dijalankan menggunakan medium poster terhadap kempen kesihatan kerana ketika itu bilangan tentera adalah terhad oleh itu tentera di minta untuk kekal sihat demi negara. Poster ialah suatu bentuk rekaan grafik yang melibatkan tipografi, ilustrasi, warna dan reka bentuk untuk menyampaikan maklumat secara mudah. Poster yang dianggap berjaya adalah poster yang dapat menyampaikan mesej dengan jelas kepada masyarakat. Mereka bentuk poster adalah suatu cabaran dalam penyampaian mesej komunikasi yang berkesan. Hal ini disebabkan sekiranya isi kandungan dalam poster adalah kurang serta tidak dapat menarik perhatian pembaca maka ia akan meyebabkan maklumat itu gagal untuk disampaikan. Poster adalah salah satu contoh media yang sesuai untuk mempromosi kempen kesihatan dan akan dapat menjadi menarik untuk dilihat sekiranya mesej mereka berkesan dalam proses perubahan tingkah laku dan gaya hidup pesakit "(Ward dan Hawthorne, 1994; 585). Sesuatu poster kesihatan perlulah bermaklumat dan mempunyai ciri-ciri umum yang sesuai dengan maklumat kesihatan yang ingin disampaikan agar dapat menarik minat masyarakat untuk membaca atau melihat poster tersebut. Hal ini bagi menunjukkan bukti kesedaran, peningkatan pengetahuan dan perubahan sikap dalam kalangan orang ramai yang boleh menentukan atau membuktikan sekiranya poster berkesan (Bu dan Yuran 2010). Poster yang digunakan dalam menjalankan sesuatu kempen mudah menyalurkan mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat. Hal ini demikian, penggunaan sesuatu poster akan mudah berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan kepada pembaca poster dengan hanya menggunakan gambar dan ayat-ayat yang berkaitan. Pada masa ini, dalam penjagaan kesihatan di Malaysia, poster telah menjadi satu alat komunikasi yang paling penting untuk kerajaan menyampaikan sesuatu maklumat kepada masyarakat. Sebagai contoh, kerajaan telah menggunakan poster dalam penjagaan kesihatan sebagai alat tertentu bagi mencapai kesedaran masyarakat mengenai penyakit kencing manis atau Diabetes. Melalui poster tersebut, masyarakat boleh mengetahui lebih banyak mengenai pelbagai jenis penyakit bergantung kepada kempen yang dijalankan. Semasa perang dunia kedua lagi, orang awam sangat terdedah kepada bahaya menyebabkan kerajaan menjalankan kempen- kempen yang berkaitan terutamanya kempen kesihatan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penjagaan kesihatan. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk memerhati dan mengetahui tentang pendapat awam mengenai keberkesanan poster kesihatan sebagai medium komunikasi tentang kesedaran penjagaan kesihatan yang dijalankan oleh kerajaan. Poster digunakan dalam pemindahan pengetahuan. Walaupun kewujudan teknologi yang canggih, namun penggunaan poster sebagai medium berkomunikasi lebih berjaya kerana maklumat yang dipaparkan melalui poster tersebut lebih menyakinkan dan berupaya untuk mewujudkan kesedaran, mendidik dan menggerakkan masyarakat. Kerajaan di negara Eropah pada tahun 1917, telah melangkah ke hadapan dengan menitikberatkan kesihatan rakyat melalui kempen kesihatan yang menggunakan poster. Konklusinya, poster merupakan salah satu medium komunikasi yang baik yang dapat digunakan dalam kempen kesihatan. Hal ini disebabkan gabungan informasi yang tepat serta menarik dapat menarik perhatian audiens untuk melihat serta membaca poster mengenai kempen kesihatan.
Poster kesihatan digunakan secara meluas oleh badan kerajaan dan bukan kerajaan di seluruh dunia bagi mengalakkan kehidupan yang sihat dalam kalangan masyarakat. Poster telah digunakan sepanjang abad kedua puluh sebagai medium untuk penyebaran awam pesanan kesihatan (Crowley 1998) dan sebagai medium pemindahan pengetahuan dengan pelbagai kumpulan professional kesihatan. Ia direka untuk memberikan gambaran visual tentang sesuatu isu yang menarik perhatian dan kemudiannya menyampaikan mesej yang diingin serta membentuk pendapat awam mengenai perkara-perkara tertentu. Tujuan poster kesihatan adalah untuk mengubah persepsi orang ramai terhadap kesihatan mereka serta meningkatkan amalan kesihatan dalam kalangan masyarakat. Contohnya, di Afrika penggunaan poster telah mendidik komuniti dalam program kawalan HIV/AIDS. Poster digunakan secara luas sebagai medium untuk mempromosi kesihatan kerana ia adalah cara mudah dan murah untuk disampaikan kepada penduduk. Professional kesihatan awam telah menemui bahawa poster pencegahan kesihatan pemakanan dan isu-isu lain menyediakan satu kaedah yang berkesan untuk berhubung dengan maklumat kesihatan kepada orang ramai. Menurut Bankole et. al; (2005), pemaparan foto poster di tempat kerja mengubah persepsi orang awam terhadap beberapa masalah kesihatan. Lebih banyak penyelidikan dikehendaki dalam memaklumkan dasar menggunakan poster promosi kesihatan dan pendidikan untuk meningkatkan kualiti kesihatan.
NOORASIDAH BINTI IBNU (BA13110293)
ReplyDeletePoster merupakan satu medium yang penting dalam menyampaikan mesej kempen kepada orang awam. Poster telah digunakan sejak perang Dunia I dan II lagi. Pada masa itu, poster merupakan medium terbaik untuk pemindahan pengetahuan kepada orang ramai. Sehingga kini, poster masih menjadi satu kaedah yang berkaitan komunikasi walaupun kemajuan lain dalam teknologi. Oleh kerana kriteria yang menyakinkan dan bermaklumat, ia mendapat kejayaan untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat disamping menggerakkan masyarakat untuk berubah. Dalam erti kata lain poster dianggap sebagai senjata pujukan yang membawa kepada perubahan. Selain itu, poster juga digunakan sebagai propaganda untuk menyalurkan mesej yang membawa masyarakat kepada satu tujuan.
Poster yang digunakan dalam menjalankan sesuatu kempen kerana ia mudah menyalurkan mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat. Hal ini demikian, penggunaan sesuatu poster akan mudah berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan kepada pembaca poster dengan hanya menggunakan gambar dan ayat-ayat yang berkaitan. Pada masa ini, dalam penjagaan kesihatan di Malaysia, poster telah menjadi satu alat komunikasi yang paling penting untuk kerajaan menyampaikan sesuatu maklumat kepada masyarakat. Sebagai contoh, kerajaan telah menggunakan poster dalam penjagaan kesihatan sebagai alat tertentu bagi mencapai kesedaran masyarakat mengenai penyakit kencing manis atau Diabetes. Melalui poster tersebut, masyarakat boleh mengetahui lebih banyak mengenai pelbagai jenis penyakit bergantung kepada kempen yang dijalankan. Semasa perang dunia kedua lagi, orang awam sangat terdedah kepada bahaya menyebabkan kerajaan menjalankan kempen- kempen yang berkaitan terutamanya kempen kesihatan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penjagaan kesihatan.
Menurut Novo Nordisk, 2006: 33, poster menjadi satu alat komunikasi yang sangat penting untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang penjagaan kesihatan terutamanya penyakit diabetes. Tujuan sebenar poster diabetes dalam kempen adalah memberi kesedaran mengenai bahayanya dan risiko penyakit diabetes kepada masyarakat awam. Melalui kempen poster diabetes lebih ramai penduduk akan lebih berwaspada dengan cara pemakanan mereka. Hal ini demikian, melalui poster tersebut mereka sudah mendapat maklumat yang cukup untuk menghindarkan diri mereka daripada mendapat penyakit tersebut. Oleh itu, poster yang mengetengahkan mesej mengenai kesihatan akan membantu masyarakat untuk kekal hidup sihat.
Kesimpulannya, poster mempunyai kuasa untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat mengenai sesuatu yang dijalankan dalam kempen. Sebgai contoh, kempen kesihatan. Melalui kempen tersebut, lebih ramai rakyat akan mengetahui mengenai penyakit yang berbahaya kepada mereka sekiranya mereka tidak mengambil langkah-langkah pencegahan awal.
NORHADA BINTI NAZARUDDIN (BA13161046)
ReplyDeletePengetahuan terhadap suatu masalah kesihatan itu penting dalam mengukur tahap kefahaman orang ramai terhadap kempen kesihatan. Malah darjah pendedahan kempen kesihatan boleh dipertingkatkan melalui poster. Poster mempunyai karekteria 'meyakinkan dan bermaklumat' ini adalah medium terbaik dalam menyalurkan penetahuan.
Penggunaan poster dalam kempen kesihatan bukanlah perkara yang baru, kaedah ini telah lama digunakan oleh negara Eropah ketika perang dunia kedua yang telah menjalankan propaganda. Propaganda adalah satu konsep penyebaran maklumat yang dilakukan untuk meraih sokongan atau menakluk minda pihak tertentu. Propaganda ketika itu dijalankan menggunakan medium poster terhadap kempen kesihatan kerana ketika itu bilangan tentera adalah terhad oleh itu tentera di minta untuk kekal sihat demi negara.
Poster merupakan medium yang berkesan digunakan kerana kos poster yang murah dan majoriti dilihat oleh orang ramai (Barrett, 2010). Poster boleh dijana dengan banyak dan boleh dilekat pada bila-bila masa kerana masalah penyakit yang sifat tidak bermusim. Berbanding medium kempen yang lain seperti aktiviti program yang hanya berkala dilakukan dan menelan perbelanjaan yang tinggi belum tentu sasaran audien daripada aktiviti program itu mendapat kesedaran serta merta. Ini dapat dikaitkan dengan kajian yang dilakukan oleh Ward dan Hawthorne (1994) menunjukkan bahawa pesakit yang melihat adanya poster dan mereka membacanya di hospital, dilihat semakin lama mereka menunggu semakin tinggi kemungkinan mereka membaca poster dan mendapat pengetahuan.
Sebagai kesimpulan, langkah penggunaan poster sebagai medium dalam menyampaikan mesej kempen kesihatan adalah langkah yang betul.
KAMSIAH BINTI COKTANG (BA13110149)
ReplyDeleteBerdasarkan buku Kempen dan Pemujukan, Syahruddin Hj. Awang Ahmad, matlamat kempen-kempen kesihatan adalah jelas iaitu untuk menimbulkan kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya memelihara kesihatan dengan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk mencegah penyakit atau untuk mengelak daripada sebarang gangguan ke atas tubuh badan secara biologi. Poster ialah suatu bentuk rekaan grafik yang melibatkan tipografi, ilustrasi, warna dan reka bentuk untuk menyampaikan maklumat secara mudah. Poster yang diangap berjaya adalah poster yang dapat menyampaikan mesej dengan jelas kepada masyarakat. Merekabentuk poster adalah suatu cabaran dalam penyampaian mesej komunikasi yang berkesan.
Kajian ini bertujuan untuk memerhati dan mengetahui tentang pendapat awam mengenai kebersanan poster kesihatan sebagai medium komunikasi tentang kesedaran penjagaan kesihatan yang dijalankan oleh kerajaan. Poster digunakan dalam pemindahan pengetahuan. Walaupun kewujudan teknologi yang canggih, namun penggunaan poster sebagai medium berkomunikasi lebih berjaya kerana maklumat yang dipaparkan melalui poster tersebut lebih menyakinkan dan berupaya untuk mewujudkan kesedaran, mendidik dan menggerakkan masyarakat. Kerajaan di negara Eropah pada tahun 1917, telah melangkah ke hadapan dengan menitikberatkan kesihatan rakyat melalui kempen kesihatan yang menggunakan poster. Penggunaan poster berkembang daripada Perancis Belle Epoche semasa 1890, seterusnya tersebar luas ke Eropah dengan menggunakan seni dan mesej yang menarik sebagai instrumen kesihatan (Barett, 2010)
Imej visual yang digunakan melalui poster berkesan kerana mempunyai kuasa untuk melibatkan diri dan mendapatkan perubahan tingkah laku bagi meningkatkan kesedaran tentang kesihatan. Hal ini menunjukkan bahawa poster kesihatan awam menjadi satu cara asas bagi kerajaan untuk menyebarkan mesej mengenai kesihatan. Seterusnya, Poster dijadikan sebagai alat komunikasi dalam kempen kesedaran penjagaan kesihatan Diabetes. Poster penjagaan kesihatan diabetes di Malaysia biasanya dilakukan di hospital, pusat-pusat kesihatan dan klinik. Peranan poster diabetes sebagai alat komunikasi untuk mewujudkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan, memindahkan pengetahuan atau maklumat kepada penonton.
Poster merupakan alat bagi menyampaikan maklumat tentang penjagaan kesihatan dan alat pendidikan kesihatan dalam membuat perubahan tingkah laku berkaitan kesihatan. Sebagai contoh, penggunaan poster penyakit kencing manis oleh kerajaan bertujuan untuk mencetuskan tentang berbahaya diabetes. Tujuan poster diabetes juga bermaksud "untuk memberitahu risiko penduduk, faktor mendiagnosis dan cara mencegah penyakit ini pada peringkat awal "(Novo Nordisk, 2006: 33).
Poster adalah media yang sesuai untuk promosi kesihatan dan akan menjadi menarik untuk melihat sekiranya mesej mereka berkesan dalam proses perubahan tingkah laku dan gaya hidup pesakit "(Ward dan Hawthorne, 1994; 585). Sesuatu poster kesihatan perlulah bermaklumat dan mempunyai ciri-ciri umum yang sesuai dengan maklumat kesihatan yang ingin disampaikan agar dapat menarik masyarakat untuk membaca atau melihat poster tersebut. Hal ini bagi menunjukkan bukti kesedaran, peningkatan pengetahuan dan perubahan sikap dalam kalangan orang ramai yang boleh menentukan atau membuktikan sekiranya poster berkesan (Bu dan Yuran 2010).
Kesimpulannya, poster sering digunakan untuk menyampaikan mesej yang digunakan untuk berkomunikasi. Komunikasi melalui poster adalah berkesan sekiranya penerima dapat menerima mesej menjadikannya sebagai sebuah pengetahuan baru. Dalam hal ini, teori konstruktivisme muncul dan menggambarkan bahawa 'komunikasi poster adalah konstruktivisme dalam mendidik orang ramai kepada kesedaran tentang penjagaan kesihatan diabetes.
NUR AKMA BINTI MOHAMED (BA13161052)
ReplyDeletePoster merupakan satu medium komunikasi dalam penjagaan kesihatan awam sejak Perang Dunia I dan II. Waktu itu, Amerika dan Eropah menggunakan poster untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat dan juga sebagai agen untuk memujuk rakyat agar mempercayai beberapa isu atau untuk menyokong kerajaan. Sejak itu, poster telah digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang terutamanya pendidikan penjagaan kesihatan sehingga kini walaupun telah mengalami kemajuan dalam teknologi. Poster merupakan kertas yang mengandungi teks dan imej grafik. Dalam penjagaan kesihatan, poster merupakan alat tertentu yang digunakan untuk mempengaruhi perubahan tingkah laku dan untuk memupuk kesedaran terhadap penjagaan kesihatan. Semasa perang dunia, poster digunakan untuk menyampaikan kesedaran kesihatan kepada para askar. Kerajaan mewar – warkan langkah pencegahan agar para askar menjauhkan diri daripada melakukan seks dengan ramai perempuan untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit seperti sifilis dan gonorea. Melalui poster juga kerajaan meminta askar kekal sihat demi negara. Kepada orang awam pula, poster dikeluarkan untuk meminta menjaga kesihatan ketika perang meletus. Di Malaysia, pelbagai kempen kesihatan berkaitan diabetes dijalankan dan poster turut digunakan dalam kempen kesedaran ini. Tujuan poster digunakan adalah untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai bahaya diabetes. Namun, walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan kesihatan, statistik diabetes di Malaysia masih lagi belum dapat dikurangkan. Malah, terus meningkat dengan drastik dari 1.6 juta orang pada tahun 2011 kepada 2.6 juta orang pada tahun 2012. Walaubagaimanapun, penggunaan poster terus dipertingkatkan untuk terus memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya diabetes di samping kaedah lain yang digunakan seperti iklan dan kempen. Selain itu, poster turut digunakan untuk menyampaikan kesedaran mengenai pelbagai penyakit kronik yang lain seperti sakit jantung, demam denggi, HIV dan sebagainya.
NURHALIZAH BINTI SAID (BA13161059)
ReplyDeletePoster merupakan suatu penampilan seni komunikasi tampak, berfungsi menyampaiakan mesej dalam bentuk imej, teks yng mudah, ringkas dan jelas. Gabungan antara teks, ilustrasi yang mudah, jelas dan mudah difahami. Poster juga dimaksudkan sebagai pelekat dengan fungsi yang sama untuk menyebarkan maklumat, pengumuman dalam bentuk pengiklanan, kempen dan fungsi-fungsi tertentu untuk berkomunikasi. Penggunaaan poster telah digunakan meluas dalam dalam banyak bidang antaranya ialah dalam bidang kesihatan.
Poster telah digunakan secara meluas dalam bidang kesihatan sebagai alat untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat terutamanya dalam melihat perubahan tingkah laku masyarakat dalam penjagaan kesihatan. Malaysia telah menjalankan pelbagai kempen kesihatan dengan menggunakan poster antaranya adalah kempen kesedaran diabetes. Penggunaan poster dalam kempen adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya diabetes. Dalam hal ini, poster dilihat sebagai medium yang terbaik dalam maklumat serta pengetahuan kepada masyarakat awam dan juga merupakan satu senjata pujukan yang sangat berkesan dari segi perubahan kesedaran masyarakat tentang kesihatan.
Selain itu, apa yang dapat kita lihat, penggunaan poster telah banyak membantu serta menyumbang kepada kesedaran kesihatan kepada masyarakat. Sebagai contoh, semasa perang dunia poster digunakan untuk memberi kesedaran kepada para askar berkaitan penjagaan kesihatan. Oleh itu poster telah digunakan secara meluas untuk menyebarkan maklumat atau mesej mengenai kesihatan. Poster juga merupakan alat komunokasi dalam kesedaran penjagaan kesihatan. Poster penjagaan kesihatan di Malaysia biasanya dapat dilihat di hospital-hospital, pusat-pusat kesihatan dan juga klinik. Peranan poster dalam kesedaran penjagaan kesihatan juga adalah untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat terutamanya dalam melihat tindak balas dari masyarakat atau pandangan mereka berkaitan kempen kesihatan.
Menurut Ward dan Hawthorne, (1994) Poster adalah media yang sesuai dalam promosi kesihatan dan ia akan menjadi lebih menarik jika mesej yang disampaikan berkesan dalam proses tingkah laku dan proses gaya hidup pesakit. Walau bagaimanapun, dengan adanya poster di setiap kawasan tumpuan masyarakat mereka akan mudah untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan penjagaan kesihatan kerana dengan membaca poster yang sudah tersedia mereka secara tidak langsung akan mengetahui maklumat tersebut dengan lebih lanjut.
Pada umumnya poster terdiri atas kata‑kata, gambar, atau kombinasi antara keduanya yang ditempatkan (dipasang) ditempat‑tempat yang ramai akan masyarakat. Hal ini bertujuan agar dapat menarik masyarakat untuk melihat poster tersebut. Dibuatnya sebuah poster tentu bukan tanpa sebab, tetapi memiliki maksud dan tujuan sendiri. Secara umum tujuan dan maksud dibuatnya poster adalah sebagai media publikasi agar masyarakat boleh membacanya dan melakukan sesuatu sesuai dengan apa yang ada dalam poster tersebut. Tetapi secara khusus maksud dan tujuan dibuatnya poster bergantung dengan objektif pelaksana kempen , untuk tujuan komersil, mencari perhatian masyarakat, dan sebagainya.
ReplyDeleteMesej merupakan maklumat berupa perkataan, isyarat yang digunakan dalam perpindahan maklumat antara pengirim dan penerima. Mesej merupakan nadi kepada proses komunikasi kerana tanpa mesej , usaha menyampaikan mesej tidak berlaku kerana tiada berlakunya proses interaksi antara penerima dan pengirim mesej.
Poster yang digunakan dalam menjalankan sesuatu kempen kerana ia mudah menyalurkan mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat. Hal ini demikian, penggunaan sesuatu poster akan mudah berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan kepada pembaca poster dengan hanya menggunakan gambar dan ayat-ayat yang berkaitan.
Poster merupakan medium yang berkesan digunakan kerana kos poster yang murah dan majoriti dilihat oleh orang ramai (Barrett, 2010). Poster boleh dijana dengan banyak dan boleh dilekat pada bila-bila masa kerana masalah penyakit yang sifat tidak bermusim. Berbanding medium kempen yang lain seperti aktiviti program yang hanya berkala dilakukan dan menelan perbelanjaan yang tinggi belum tentu sasaran audien daripada aktiviti program itu mendapat kesedaran serta merta.
Imej visual yang digunakan melalui poster berkesan kerana mempunyai kuasa untuk melibatkan diri dan mendapatkan perubahan tingkah laku bagi meningkatkan kesedaran tentang kesihatan. Hal ini menunjukkan bahawa poster kesihatan awam menjadi satu cara asas bagi kerajaan untuk menyebarkan mesej mengenai kesihatan. Poster merupakan alat bagi menyampaikan maklumat tentang penjagaan kesihatan dan alat pendidikan kesihatan dalam membuat perubahan tingkah laku berkaitan kesihatan. Sebagai contoh, penggunaan poster penyakit kencing manis oleh kerajaan bertujuan untuk mencetuskan tentang berbahaya diabetes.
saidi bin busman ba13110430
ReplyDeletePoster adalah satu medium yang penting dalam penyampaian mesej terhadap orang awam. Poster sebenarnya digunakan sejak perang Dunia I dan II. Pada masa itu, poster merupakan medium terbaik untuk pemindahan pengetahuan kepada orang ramai. Sehingga kini, poster masih menjadi satu kaedah yang berkaitan komunikasi walaupun kemajuan lain dalam teknologi. Oleh kerana kriteria yang menyakinkan dan bermaklumat, ia mendapat kejayaan untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat disamping menggerakkan masyarakat untuk berubah. Dalam erti kata lain poster dianggap sebagai senjata pujukan yang membawa kepada perubahan. Selain itu, poster juga digunakan sebagai propaganda untuk menyalurkan mesej yang membawa masyarakat kepada satu tujuan.
Pada masa ini, dalam penjagaan kesihatan di Malaysia, poster telah menjadi satu alat komunikasi yang paling penting untuk kerajaan menyampaikan sesuatu maklumat kepada masyarakat. Sebagai contoh, kerajaan telah menggunakan poster dalam penjagaan kesihatan sebagai alat tertentu bagi mencapai kesedaran masyarakat mengenai penyakit kencing manis atau Diabetes. Melalui poster tersebut, masyarakat boleh mengetahui lebih banyak mengenai pelbagai jenis penyakit bergantung kepada kempen yang dijalankan. Semasa perang dunia kedua lagi, orang awam sangat terdedah kepada bahaya menyebabkan kerajaan menjalankan kempen- kempen yang berkaitan terutamanya kempen kesihatan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penjagaan kesihatan.
Poster adalah media yang sesuai untuk promosi kesihatan dan akan menjadi menarik untuk melihat sekiranya mesej mereka berkesan dalam proses perubahan tingkah laku dan gaya hidup pesakit . Sesuatu poster kesihatan perlulah bermaklumat dan mempunyai ciri-ciri umum yang sesuai dengan maklumat kesihatan yang ingin disampaikan agar dapat menarik masyarakat untuk membaca atau melihat poster tersebut. Hal ini bagi menunjukkan bukti kesedaran, peningkatan pengetahuan dan perubahan sikap dalam kalangan orang ramai yang boleh menentukan atau membuktikan sekiranya poster berkesan.
Mohd Lutfi Bin Abu Talib (BA13110223)
ReplyDeleteArtikel ini menerangkan bagaimana gambar dapat menjayakan matlamat kempen alam sekitar atas talian. Di mana gambar digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada penonton.
Teknik ini juga dapat diterapkan dalam kempen-kempen lain seperti kempen kesihatan. Melalui poster masyarakat boleh mendapat maklumat mengenai bahaya sesuatu penyakit, cara ia merebak, dan bagaimana ia dapat dicegah. Sebagai contoh, kempen pencegahan influenza H1N1, di mana poster-poster berkaitan langkah pencegahan banyak diedarkan melaui poster, television, internet dan radio. Kebanyakan dari poster ini menerangkan bahawa H1N1 ini merupakan virus yang disebarkan oleh babi akibat dari pencantuman pelbagai jenis virus dan cara pencegahannya seperti sentiasa mencuci tangan, memakai pelindung mulut dan hidung ketika di tempat awam, dan sebagainya.
SARIMAH BINTI AMIR (BA13110579)
ReplyDeletePoster merupakan satu medium komunikasi dalam penjagaan kesihatan awam sejak Perang Dunia pertama dan kedua. Dari senario ini ikonik, istilah propaganda poster telah muncul. Sehingga kini, poster telah digunakan secara meluas dalam banyak bidang terutama pendidikan penjagaan kesihatan. Poster dalam penjagaan kesihatan sebagai tertentu adalah alat dan sederhana untuk perubahan kesihatan tingkah laku untuk mencapai kesedaran penjagaan kesihatan. Penggunaan poster oleh kerajaan bertujuan untuk mencetuskan awam pada penggera berbahaya diabetes. Walau bagaimanapun, walaupun pelbagai usaha daripada kerajaan kepada orang ramai melalui poster diabetes, statistik diabetes Malaysia masih meningkat secara drastik dari 1.6 juta pada tahun 2011 kepada 2.6 juta pada tahun 2012. Peningkatan yang besar dalam statistik menjemput siasatan ke atas peranan poster diabetes sebagai medium komunikasi kepada kesedaran penjagaan kesihatan diabetes.
Semasa Perang Dunia pertama (1914-1918) dan Perang Dunia kedua (1939-1945), poster adalah senjata di Eropah negara sebagai agen pujukan untuk memujuk rakyat untuk mempercayai beberapa isu atau untuk menyokong kerajaan inisiatif. Sejak penggunaan besar-besaran poster oleh kerajaan sebagai alat komunikasi yang berkesan, poster kemudiannya dipanggil propaganda. Propaganda ertinya penyebaran idea-idea dan pendapat yang mungkin benar atau palsu tetapi bertujuan untuk mendapatkan orang untuk percaya kepada mereka (Aylett, 1988). "Propaganda boleh ditakrifkan sebagai suatu siri tertumpu mesej yang bertujuan untuk mengubah pendapat atau kelakuan kumpulan individu. (Inglis, 2008; 262).
Kerajaan di Eropah telah melangkah ke hadapan untuk menjaga orang yang sihat dengan kempen-kempen kesihatan juga dengan menggunakan poster. Penggunaan poster berkembang daripada Perancis Belle Epoche kegilaan poster semasa 1890, maka ia tersebar luas ke Eropah dengan seni menarik dan mesej secara paksa sebagai instrumen kesihatan (Barett, 2010). Poster yang telah digunakan semasa Perang Dunia kedua di antara 1941-1944. Imej visual berkesan dalam poster mempunyai kuasa untuk melibatkan diri dan mendapatkan perubahan tingkah laku yang meningkatkan kesihatan. Ini adalah sebab utama mengapa poster kesihatan awam telah menjadi satu cara asas bagi kerajaan untuk menyebarkan mesej mengenai kesihatan.
Poster penjagaan kesihatan diabetes di Malaysia biasanya ditimbulkan di hospital-hospital, pusat-pusat kesihatan dan klinik. Peranan diabetes kesedaran penjagaan kesihatan poster adalah untuk memindahkan pengetahuan kepada penonton. Walau bagaimanapun, peranan itu dipersoalkan apabila statistik diabetes dalam Malaysia bagi tahun 2012 telah meningkat kepada 2.6 juta berbanding 1.6 juta pada tahun 2011. Dalam penjagaan kesihatan Malaysia, poster menjadi salah satu alat komunikasi yang paling penting daripada kerajaan kepada orang ramai. Terdapat pelbagai kempen diabetes di seluruh negara dengan bantuan poster. Poster dalam penjagaan kesihatan sebagai tertentu adalah alat dan sederhana untuk pendidikan kesihatan dan kesihatan tingkah laku perubahan kepada mencapai kesedaran penjagaan kesihatan.
Terdapat pendekatan dalam kajian-kajian lain sebelum ini yang telah terbukti praktikal dan berguna. Ia adalah bukti kesedaran, peningkatan pengetahuan dan perubahan sikap dalam kalangan orang ramai boleh membuktikan poster berkesan (Bu dan Yuran 2010. Kajian ini mengadaptasi Ward dan Hawthorne (1994) untuk mengetahui sama ada orang melihat poster dan sama ada mereka membacanya.
Komunikasi melalui poster adalah apabila penerima menerima mesej dan bertukar menjadi sebuah pengetahuan baru. Dalam hal ini, teori konstruktivisme muncul dan menggambarkan bahawa 'komunikasi poster adalah konstruktivisme dalam mendidik orang ramai kepada kesedaran penjagaan kesihatan diabetes.
Artikel tersebut mengkaji tentang bagaimana poster digunakan untuk menyampaikan sesuatu mesej dalam kempen kesihatan. Poster merupakan salah satu medium untuk menyampaikan ilmu atau sesuatu mesej kepada orang awam. Di Malaysia, kementerian kesihatan telah menggunakan poster dalam menjayakan kempen kesihatan bagi menarik perhatian masyarakat seperti kempen Diabetes dan sebagainya. Poster yang dipamerkan mempunyai mesej tersendiri dan mempunyai maklumat penting untuk difahami dengan mudah oleh orang awam.
ReplyDeletePoster diabetes ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada orang ramai tentang bahayanya penyakit ini serta pentingnya menjaga kesihatan. Oleh hal yang demikian, masyarakat akan lebih berwaspada dan menjaga kesihatan masing-masing supaya tidak dijangkiti oleh simptom-simptom diabetes. Di samping itu, poster juga digunakan sebagai senjata untuk memujuk orang awam terhadap sesuatu isu berkaitan kempen kesihatan. Selain itu, bagi menghindarkan diri daripada penyakit diabetes poster adalah alternatif yang terbaik bagi meningkatkan kesedaran orang awam tentang penyakit tersebut. Pada kebiasaannya, poster diabetes di Malaysia banyak dipamerkan di hospital-hospital, pusat penjagaan kesihatan dan klinik-klinik.
Kesimpulannya, poster merupakan alat komunikasi yang penting dalam mempengaruhi dan memberikan pengetahuan penting kepada orang awam terutamanya berkaitan dengan kempen kesihatan.
Poster merupakan salah satu media yang terdiri daripada teks, gambar ataupun kombinasi kedua-dua item ini. Ia bertujuan untuk memberikan maklumat kepada khalayak ramai. Poster lazimnya dipasang ditempat-tempat umum yang berkedudukan strategik seperti tempat yang menjadi tumpuan laluan orang ramai. Bahasa dan kaedah penyampaian maklumat dalam poter adalah singkat, padat dan mampu memotivasikan pembaca.Poster dibuat atas tujuan komersial untuk mengiklankan sesuatu produk, namun terdapat juga poster yang dihasilkan bertujuan untuk mendidik serta memberi kesedaran kepada masyarakat umum.Sebagai contoh, poster mengenai kesihatan adalah seperti 'sayangi jantung anda', 'bahaya alkohol','cegah H1N1' dan pelbagai lagi poster mengenai kesihatan individu dan keluarga. Poster kesihatan adalah sekeping poster yang memuatkan maklumat yang berkaitan dengan kesihatan yang bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pemahaman kepada semua masyarakat.Contohnya penekanan mengenai kepentingan menjaga kesihatan, penerapan pola hidup sihat,kesan obesiti,bahaya merokok dan lain-lain.
ReplyDeleteDi Malaysia, pelbagai kempen kesihatan berkaitan diabetes dijalankan dan poster turut digunakan dalam kempen kesedaran ini. Sebagai contoh, Kempen Kesedaran Diabetes yang bermatlamat menggalakkan orang ramai memainkan peranan aktif dalam pendidikan dan pencegahan penyakit itu di kalangan ahli keluarga.Kempen ini dilakukan melalui pelbagai strategi bagi menarik perhatian masyarakat, salah satunya adalah penggunaan poster kesihatan mengenai isu ini.Poster ini digunakan bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai bahaya diabetes.Walaubagaimanapun, statistik diabetes di Malaysia masih belum dapat dikurangkan setelah pelbagai kempen kesihatan dijalankan.Lagi menyedihkan apabila statistik terus menunjukkan peningkatan secara berterusan daripada 1.6 juta orang pada tahun 2012.Oleh itu, penggunaan poster perlu ditambah lagi dan diletakkan di tempat-tempat awam supaya masyarakat sentiasa diingatkan tentang bahaya diabetes ini.Melalui poster tersebut masyarakat mudah mendapat maklumat yang padat dan seterusnya mengelakkan daripada mendapat penyakit tersebut.
Kesimpulannya, penggunaan poster mempunyai kelebihan tersendiri, diantaranya adalah teks yang ringkas dan padat memudahkan pembacaan audien secara berkesan, dibantu oleh penggunaan imej memudahkan lagi pemahaman audien mengenai sesuatu mesej kesihatan. Melalui penggunaan poster juga, ia lebih mesra pengguna kerana ia boleh dibaca secara berulang-ulang kali oleh audien sehingga mereka mencapai tahap kefahaman sendiri.
CHRISTINA BINTI HALMAN (BA13110059)
ReplyDeletePoster merupakan suatu bentuk rekaan grafik yang melibatkan penggunaan mukataip, ilustrasi, gambarfoto, warna, reka letak yang dihasilkan dalam bentuk 2D dan digubah untuk menyampaikan maklumat atau mesej secara mudah kepada sesuatu kumpulan sasaran. Poster lazimnya digunakan sebagai medium penting untuk menjayakan sesuatu program atau kempen termasuklah kempen kesihatan. Kempen kesihatan pula merujuk kepada kempen konvensional yang dijalankan untuk menimbulkan kesedaran masyarakat umum tentang kepentingan penjagaan kesihatan dengan mengambil langkah-langkah bersesuaian bagi mencegah dan mengelakkan risiko gangguan terhadap tubuh badan secara biologi.
Kajian dalam lampiran tersebut dijalankan untuk mengetahui dan mengenalpasti sejauhmanakah kepentingan penggunaan poster dalam menyampaikan mesej kempen kesihatan kepada audien yang ditargetkan khususnya orang awam. Lazimnya, poster yang digunakan dalam pelbagai jenis kempen termasuklah kempen kesihatan merupakan gabungan komposisi antara muka taip dengan imej grafik. Hal ini kerana, gabungan kedua-dua elemen ini bersifat lebih interaktif seolah-olah mampu berkomunikasi dengan pembaca sekaligus membujuk audien melalui penguasaan secara mentaliti.
Bukan itu sahaja, penggunaan poster dalam kempen kesihatan seperti Kempen Pencegahan Diabetes yang dijalanka, dilihat lebih eksplisit, mudah dijana, mengunakan kos yang rendah dan mudah di tampal dimana-mana sahaja. Poster-poster sebegini biasanya ditampal di ruangan hospital, klinik awam mahupun swasta, pejabat-pejabat kerajaan dan sebagainya.
Secara justifikasinya , penggunaan elemen poster dalam kempen kesihatan mempunyai pengaruhnya yang tersendiri dalam membujuk audien memahami mesej yang hendak disampaikan . Walau bagaimanapun, penggunaan poster perlulah bersesuaian mengikut keadaan semasa dan sesuai untuk pembacaan pelbagai peringkat umur bagi mengelakkan berlakunya kecelaruan dalam memahami mesej kempen kesihatan yang hendak disampaikan.
NORFAZILA BINTI ENZIL (BA13110565) Poster merupakan bahan utama yang menjadi medium perantaraan antara manusia untuk berinteraksi dan menyampaikan massage terutamanya daripada orang tertentu kapada orang awam. Biasanya poster di gunakan untuk berkempen. Tujuan poster di buat adalah untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat disamping menggerakkan masyarakat untuk berubah. Walaupun Negara telah mengalami pembangunan teknologi namun penggunaan poster masih digunakan secara meluas dalam banyak bidang terutama pendidikan penjagaan kesihatan. Penggunaan poster dalam kempen penjagaan kesihatan sanggat mempengaruhi orang awam untuk melakukan perubahan, terutamanya dari segi tingkah laku dan gaya hidup individu tersebut.
ReplyDeletePada tahun 2011 kerajaan telah menggunakan poster sebagai langkah menyampaikan massage kesedaran kepada orang awam tentang bahayanya diabetes. Seperti mana yang kita tahu, statistik diabetes Malaysia masih meningkat secara drastik dari 1.6 juta pada tahun 2011 kepada 2.6 juta pada tahun 2012. Peningkatan yang besar dalam statistik ini telah menggalakkan pihak kerajaan untuk menyiasat punca diabetes dalam kalangan rakyat di Malaysia. Penggunaan poster pula untuk memberi kesedaran kepada rakyat terhadap bahayanya diabetes telah menjadi medium utama komunikasi terhadap kesedaran penjagaan kesihatan kepada orang awam.
Terdapat pendekatan dalam kajian-kajian lain sebelum ini yang telah terbukti praktikal dan berguna. Ia adalah bukti kesedaran, peningkatan pengetahuan dan perubahan sikap dalam kalangan orang ramai boleh membuktikan poster berkesan (Bu dan Yuran 2010. Kajian ini mengadaptasi Ward dan Hawthorne (1994) untuk mengetahui sama ada orang melihat poster dan sama ada mereka membacanya. Kesimpulanya poster yang menarik, ringkas dan mudah di fahami mampu mempengaruhi individu tertentu untuk berubah mengikut massage yang di sampaikan melalui kempen.
MUHAMAD MAHSYAIRI BIN MAT SHOH (BA13110243)
ReplyDeleteDalam kita menyampaikan sesuatu mesej kaedah yang sesuai amat penting agar mesej tersebut dapat disampaikan. Dalam hal ini, penggunaan poster merupakan salah satu kaedah yang bijak. Poster adalah suatu penampilan seni komunikasi tampak, berfungsi menyampaikan mesej dalam bentuk imej, teks yang mudah, ringkas dan jelas. Poster merupakan salah satu medium yang penting dalam menyampaikan mesej. Dalam hal ini, kempen penjagaan kesihatan merupakan sesuatu yang penting. Oleh itu, penggunaan poster dalam kempen ini juga memastikan mesej dapat di sampaikan. Ini kerana, melalui poster, segala maklumat dapat di sampaikan sama ada dalam bentuk foto atau teks. Poster juga mempunyai karekteria 'meyakinkan dan bermaklumat' dalam menyampaikan mesej.
Berbanding kaedah lain poster antara salah satu kaedah yang baik dalam melancarkan kempen terutamanya berkaitan kesihatan. Dalam hal ini, Poster telah digunakan secara meluas dalam bidang kesihatan sebagai alat untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat terutamanya dalam melihat perubahan tingkah laku masyarakat dalam penjagaan kesihatan. Penggunaan poster dalam bidang perubatan ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat berkenaan jenis penyakit selain memberi maklumat. Selain itu juga, melalui penggunaan poster juga dapat meyakinkan masyarakat berkenaan sesuatu penyakit seperti penyakit kencing manis, diabetes dan sebagainya. Dalam hal ini, poster berkenaan penjagaan kesihatan biasanya dapat dilihat di hospital kerajaan, swasta dan klinik. Penggunaan poster ini dalam bidang perubatan bertujuan memberi kesedaran dan gambaran dengan lebih jelas berkenaan sesuatu penyakit. Oleh itu, penggunaan poster ini antara kaedah yang amat baik sebagai alat berkomunikasi kerana poster ini dapat menerangkan dengan lebih jelas berkenaan sesuatu maklumat yang ingin di sampaikan kerana menggunakan elemen grafik dan teks yang menarik serta ringkas.
PATMA BINTI JUL (BA13110402)
ReplyDeletePoster ialah suatu bentuk rekaan grafik yang melibatkan tipografi, ilustrasi, warna dan reka bentuk untuk menyampaikan maklumat secara mudah. Poster yang digunakan dalam menjalankan sesuatu kempen kerana ia mudah menyalurkan mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat.Berdasarkan buku Kempen dan Pemujukan, Syahruddin Hj. Awang Ahmad, matlamat kempen-kempen kesihatan adalah jelas iaitu untuk menimbulkan kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya memelihara kesihatan dengan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk mencegah penyakit atau untuk mengelak daripada sebarang gangguan ke atas tubuh badan secara biologi. Penggunaan sesuatu poster akan memuahkkan komunikasi secara lisan dan bukan lisan kepada pembaca poster dengan hanya menggunakan gambar dan ayat-ayat yang berkaitan. Pada masa ini, dalam penjagaan kesihatan di Malaysia, poster telah menjadi satu alat komunikasi yang paling penting untuk kerajaan menyampaikan sesuatu maklumat kepada masyarakat. Sebagai contoh, kerajaan telah menggunakan poster dalam penjagaan kesihatan sebagai alat tertentu bagi mencapai kesedaran masyarakat mengenai penyakit kencing manis atau Diabetes. Melalui poster tersebut, masyarakat boleh mengetahui lebih banyak mengenai pelbagai jenis penyakit bergantung kepada kempen yang dijalankan. Semasa perang dunia kedua lagi, orang awam sangat terdedah kepada bahaya menyebabkan kerajaan menjalankan kempen- kempen yang berkaitan terutamanya kempen kesihatan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penjagaan kesihatan. Selaan itu,penggunaan poster telah banyak membantu serta menyumbang kepada kesedaran kesihatan kepada masyarakat. Dalam erti kata lain poster dianggap sebagai senjata pujukan yang membawa kepada perubahan. Selain itu, poster juga digunakan sebagai propaganda untuk menyalurkan mesej yang membawa masyarakat kepada satu tujuan.
ReplyDeleteRAHMAN BIN SAMSU (BA13161138)
Berdasarkan artikel diatas, kajian yang dijalankan adalah tentang bagaimana poster digunakan sebagai medium berguna untuk menyampaikan mesej kempen kesihatan. poster merupakan karya seni atau reka bentuk grafik yang memuat komposisi gambar dan huruf di atas kertas. Sifat poster yang menarik berperanan untuk mencari perhatian orang ramai untuk melihatnya. Kerana itu poster biasanya dibuat dengan warna-warna kontras bagi mewujudkan ciri-ciri yang kuat untuk menarik minat audiens untuk melihat dan mengamatinya. Sejarah poster menunjukkan penggunaanya bermula sejak perang Dunia I dan II. Pada masa itu, poster merupakan salah satu medium pemindahan pengetahuan kepada orang ramai dan penggunaannya berterusan sehingga ke hari ini. Poster juga dianggap sebagai senjata memujuk yang mampu membawa perubahan kepada penerima mesej yang membawa masyarakat kepada satu tujuan.
Poster telah digunakan secara meluas dalam bidang kesihatan sebagai alat untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat terutamanya dalam melihat perubahan tingkah laku masyarakat dalam penjagaan kesihatan. Malaysia telah menjalankan pelbagai kempen kesihatan dengan menggunakan poster antaranya adalah kempen kesedaran diabetes. Penggunaan poster dalam kempen adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya diabetes. Dalam hal ini, poster dilihat sebagai medium yang terbaik dalam maklumat serta pengetahuan kepada masyarakat awam dan juga merupakan satu senjata pujukan yang sangat berkesan dari segi perubahan kesedaran masyarakat tentang kesihatan.
Menurut Ward dan Hawthorne (1994), Poster merupakan medium yang sesuai dalam mempromosikan kesihatan dan berupaya menjadi lebih baik sekiranya mesej yang disampaikan berkesan dalam proses mengubah tingkah laku dan gaya hidup pesakit. Oleh itu, penggunaan poster telah banyak membantu serta menyumbang kepada kesedaran kesihatan kepada masyarakat. Sewaktu perang dunia berlaku, poster digunakan untuk memberi kesedaran kepada para askar berkaitan penjagaan kesihatan iaitu tentang bahaya melakukan seks dengan ramai perempuan kerana mampu mengundang masalah jangkitan seperti sifilis dan gonorea. Pada masa kini, poster telah digunakan secara meluas untuk menyebarkan maklumat atau mesej mengenai kesihatan.
Di Malaysia poster kesihatan di sering dilihat di hospital-hospital, pusat-pusat kesihatan dan juga klinik. Peranan poster dalam penjagaan kesihatan juga sangat penting untuk membekalkan informasi kepada masyarakat tentang pentingnya penjagaan kesihatan. Kerajaan malaysia telah menggunakan poster dalam penjagaan kesihatan sebagai medium untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penyakit kencing manis atau Diabetes. Melalui poster tersebut, masyarakat dapat mengetahui lebih lanjut mengenai apa itu diabetes, kesannya dan rawatan terbaik bagi diabetes.
Kesimpulannya, poster merupakan salah satu medium pembujukan yang mampu menyampaikan mesej kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya penjagaan kesihatan. Hal ini kerana, poster dilihat sangat berkesan untuk memberi kesedaran dan informasi tentang pentingnya penjagaan kesihatan. Oleh itu, pemanfaatan poster dalam menyampaikan mesej kempan adalah perlu diteruskan dan diperbaiki dari masa ke semasa.
Hamzah bin Ajiseri (BA13161127)
ReplyDeletePoster merupakan suatu bentuk rekaan grafik yang melibatkan tipografi, ilustrasi, warna dan reka bentuk untuk menyampaikan maklumat secara mudah. Poster yang diangap berjaya adalah poster yang dapat menyampaikan mesej dengan jelas kepada masyarakat. Merekabentuk poster adalah suatu cabaran dalam penyampaian mesej komunikasi yang berkesan.
Kajian ini bertujuan untuk memerhati dan mengetahui tentang pendapat awam mengenai kebersanan poster kesihatan sebagai medium komunikasi tentang kesedaran penjagaan kesihatan yang dijalankan oleh kerajaan. Poster digunakan dalam pemindahan pengetahuan. Walaupun kewujudan teknologi yang canggih, namun penggunaan poster sebagai medium berkomunikasi lebih berjaya kerana maklumat yang dipaparkan melalui poster tersebut lebih menyakinkan dan berupaya untuk mewujudkan kesedaran, mendidik dan menggerakkan masyarakat. Kerajaan di negara Eropah pada tahun 1917, telah melangkah ke hadapan dengan menitikberatkan kesihatan rakyat melalui kempen kesihatan yang menggunakan poster.
Penggunaan poster berkembang daripada Perancis Belle Epoche semasa 1890, seterusnya tersebar luas ke Eropah dengan menggunakan seni dan mesej yang menarik sebagai instrumen kesihatan (Barett, 2010)
Imej visual yang digunakan melalui poster berkesan kerana mempunyai kuasa untuk melibatkan diri dan mendapatkan perubahan tingkah laku bagi meningkatkan kesedaran tentang kesihatan. Hal ini menunjukkan bahawa poster kesihatan awam menjadi satu cara asas bagi kerajaan untuk menyebarkan mesej mengenai kesihatan. Seterusnya, Poster dijadikan sebagai alat komunikasi dalam kempen kesedaran penjagaan kesihatan Diabetes. Poster penjagaan kesihatan diabetes di Malaysia biasanya dilakukan di hospital, pusat-pusat kesihatan dan klinik. Peranan poster diabetes sebagai alat komunikasi untuk mewujudkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan, memindahkan pengetahuan atau maklumat kepada penerima mesej atau masyarakat.
NORLIDAYU BINTI PELI (BA13161102)
ReplyDeleteArtikel tersebut mengkaji tentang bagaimana poster digunakan untuk menyampaikan sesuatu mesej dalam kempen kesihatan. Poster lazimnya digunakan sebagai medium penting untuk menjayakan sesuatu program atau kempen termasuklah kempen kesihatan..Berdasarkan buku Kempen dan Pemujukan, Syahruddin Hj. Awang Ahmad, matlamat kempen-kempen kesihatan adalah jelas iaitu untuk menimbulkan kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya memelihara kesihatan dengan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk mencegah penyakit atau untuk mengelak daripada sebarang gangguan ke atas tubuh badan secara biologi. Poster telah digunakan secara meluas dalam bidang kesihatan sebagai alat untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat terutamanya dalam melihat perubahan tingkah laku masyarakat dalam penjagaan kesihatan. Malaysia telah menjalankan pelbagai kempen kesihatan dengan menggunakan poster antaranya adalah kempen kesedaran diabetes. Penggunaan poster dalam kempen adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya diabetes. Dalam hal ini, poster dilihat sebagai medium yang terbaik dalam maklumat serta pengetahuan kepada masyarakat awam dan juga merupakan satu senjata pujukan yang sangat berkesan dari segi perubahan kesedaran masyarakat tentang kesihatan. Melalui poster tersebut, masyarakat boleh mengetahui lebih banyak mengenai pelbagai jenis penyakit bergantung kepada kempen yang dijalankan. Semasa perang dunia kedua lagi, orang awam sangat terdedah kepada bahaya menyebabkan kerajaan menjalankan kempen- kempen yang berkaitan terutamanya kempen kesihatan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penjagaan kesihatan. Kesimpulanya poster yang menarik, ringkas dan mudah di fahami mampu mempengaruhi individu tertentu untuk berubah mengikut massage yang di sampaikan melalui kempen.
RABIATUL ADAWIYAH BINTI AWANG (BA13110407)
ReplyDeletePengetahuan terhadap suatu masalah kesihatan itu penting dalam mengukur tahap kefahaman orang ramai terhadap kempen kesihatan. Malah darjah pendedahan kempen kesihatan boleh dipertingkatkan melalui poster. Poster mempunyai karekteria 'meyakinkan dan bermaklumat' ini adalah medium terbaik dalam menyalurkan pengetahuan.
Penggunaan poster dalam kempen kesihatan bukanlah sesuatu perkara yang baru, kaedah ini telah lama digunakan oleh negara Eropah ketika perang dunia kedua yang telah menjalankan propaganda. Propaganda adalah satu konsep penyebaran maklumat yang dilakukan untuk meraih sokongan atau menakluk minda pihak tertentu. Propaganda ketika itu dijalankan menggunakan medium poster terhadap kempen kesihatan kerana ketika itu bilangan tentera adalah terhad oleh itu tentera di minta untuk kekal sihat demi negara.
Poster ialah suatu bentuk rekaan grafik yang melibatkan tipografi, ilustrasi, warna dan reka bentuk untuk menyampaikan maklumat secara mudah. Poster yang dianggap berjaya adalah poster yang dapat menyampaikan mesej dengan jelas kepada masyarakat. Mereka bentuk poster adalah suatu cabaran dalam penyampaian mesej komunikasi yang berkesan. Hal ini disebabkan sekiranya isi kandungan dalam poster adalah kurang serta tidak dapat menarik perhatian pembaca maka ia akan meyebabkan maklumat itu gagal untuk disampaikan.
Poster adalah salah satu contoh media yang sesuai untuk mempromosi kempen kesihatan dan akan dapat menjadi menarik untuk dilihat sekiranya mesej mereka berkesan dalam proses perubahan tingkah laku dan gaya hidup pesakit "(Ward dan Hawthorne, 1994; 585). Sesuatu poster kesihatan perlulah bermaklumat dan mempunyai ciri-ciri umum yang sesuai dengan maklumat kesihatan yang ingin disampaikan agar dapat menarik minat masyarakat untuk membaca atau melihat poster tersebut. Hal ini bagi menunjukkan bukti kesedaran, peningkatan pengetahuan dan perubahan sikap dalam kalangan orang ramai yang boleh menentukan atau membuktikan sekiranya poster berkesan (Bu dan Yuran 2010).
Poster yang digunakan dalam menjalankan sesuatu kempen mudah menyalurkan mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat. Hal ini demikian, penggunaan sesuatu poster akan mudah berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan kepada pembaca poster dengan hanya menggunakan gambar dan ayat-ayat yang berkaitan. Pada masa ini, dalam penjagaan kesihatan di Malaysia, poster telah menjadi satu alat komunikasi yang paling penting untuk kerajaan menyampaikan sesuatu maklumat kepada masyarakat. Sebagai contoh, kerajaan telah menggunakan poster dalam penjagaan kesihatan sebagai alat tertentu bagi mencapai kesedaran masyarakat mengenai penyakit kencing manis atau Diabetes. Melalui poster tersebut, masyarakat boleh mengetahui lebih banyak mengenai pelbagai jenis penyakit bergantung kepada kempen yang dijalankan. Semasa perang dunia kedua lagi, orang awam sangat terdedah kepada bahaya menyebabkan kerajaan menjalankan kempen- kempen yang berkaitan terutamanya kempen kesihatan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penjagaan kesihatan.
Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk memerhati dan mengetahui tentang pendapat awam mengenai keberkesanan poster kesihatan sebagai medium komunikasi tentang kesedaran penjagaan kesihatan yang dijalankan oleh kerajaan. Poster digunakan dalam pemindahan pengetahuan. Walaupun kewujudan teknologi yang canggih, namun penggunaan poster sebagai medium berkomunikasi lebih berjaya kerana maklumat yang dipaparkan melalui poster tersebut lebih menyakinkan dan berupaya untuk mewujudkan kesedaran, mendidik dan menggerakkan masyarakat. Kerajaan di negara Eropah pada tahun 1917, telah melangkah ke hadapan dengan menitikberatkan kesihatan rakyat melalui kempen kesihatan yang menggunakan poster. Konklusinya, poster merupakan salah satu medium komunikasi yang baik yang dapat digunakan dalam kempen kesihatan. Hal ini disebabkan gabungan informasi yang tepat serta menarik dapat menarik perhatian audiens untuk melihat serta membaca poster mengenai kempen kesihatan.
HAMAMALINI A/P JAGANATHAN (BA13110112)
ReplyDeletePoster kesihatan digunakan secara meluas oleh badan kerajaan dan bukan kerajaan di seluruh dunia bagi mengalakkan kehidupan yang sihat dalam kalangan masyarakat. Poster telah digunakan sepanjang abad kedua puluh sebagai medium untuk penyebaran awam pesanan kesihatan (Crowley 1998) dan sebagai medium pemindahan pengetahuan dengan pelbagai kumpulan professional kesihatan. Ia direka untuk memberikan gambaran visual tentang sesuatu isu yang menarik perhatian dan kemudiannya menyampaikan mesej yang diingin serta membentuk pendapat awam mengenai perkara-perkara tertentu. Tujuan poster kesihatan adalah untuk mengubah persepsi orang ramai terhadap kesihatan mereka serta meningkatkan amalan kesihatan dalam kalangan masyarakat. Contohnya, di Afrika penggunaan poster telah mendidik komuniti dalam program kawalan HIV/AIDS. Poster digunakan secara luas sebagai medium untuk mempromosi kesihatan kerana ia adalah cara mudah dan murah untuk disampaikan kepada penduduk. Professional kesihatan awam telah menemui bahawa poster pencegahan kesihatan pemakanan dan isu-isu lain menyediakan satu kaedah yang berkesan untuk berhubung dengan maklumat kesihatan kepada orang ramai. Menurut Bankole et. al; (2005), pemaparan foto poster di tempat kerja mengubah persepsi orang awam terhadap beberapa masalah kesihatan. Lebih banyak penyelidikan dikehendaki dalam memaklumkan dasar menggunakan poster promosi kesihatan dan pendidikan untuk meningkatkan kualiti kesihatan.