Total Pageviews

Monday, 25 May 2015

BINCANGKAN bagaimana teknik 'window display' oleh peniaga dapat mempengaruhi golongan belia untuk membeli satu-satu jenis produk atau perkhidmtan sebagaimana yang dikupas dalam artikel di bawah:

13 comments:

  1. NOORASIDAH BINTI IBNU (BA13110293)
    Permintaan kepada kepelbagaian produk dalam dunia perniagaan telah menggalakkan pengeluaran pelbagai barangan untuk memenuhi permintaan pelanggan. Namun, menarik perhatian pelanggan memerlukan teknik yang khusus untuk mempengaruhi atau membujuk mereka untuk membeli produk yang dipamerkan di pasaran sama ada pasaran runcit atau pusat membeli belah di bandara raya dan pinggir Bandar.
    Salah satu teknik yang mampu untuk menarik perhatian pelanggan ialah teknik “window display”. Teknik tersebut digunakan dalam pelbagai medium untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat mengenai produk yang mereka jual dan pasarankan kepada khalayak ramai. Menurut Kumar dan Karande, 2000; Kaltcheva dan Weitz, 2006; Mattila & Wirtz, 2008, bagaimana persekitaran pasaran tersebut boleh merangsang masyarakat untuk tertarik dengan produk yang mereka paparkan kepada khalayak umum. Selain itu, persekitaran yang baik juga dapat menarik perhatian mereka untuk melihat produk tersebut sebelum mereka mengambil keputusan untuk membeli barang yang dijual kepada mereka. Penggunaan teknik pengiklanan melalui window display merupakan satu idea yang bernas kerana melalui teknik tersebut, pelanggan akan lebih mudah untuk melihat barangan yang dipaparkan sebelum melihat barangan tersebut secara dekat. Lebih-lebih lagi, melalui window display juga pelanggan mendapat idea untuk membuat keputusan bagi membeli barangan yang mereka lihat. Hal ini demikian, mereka berasa yakin dengan produk yang dipaparkan untuk tontonan umum.
    Rose (2001), menyatakan bahawa window display juga sudah wujud elemen visual yang boleh bertindak balas terhadap penglihatan masyarakat yang melihat produk yang dipaparkan sehingga mencetuskan keinginan pelanggan untuk masuk ke kedai yang memaparkan produk tersebut. Hal tersebut disokong oleh Edwards dan Shackley (1992), bahawa sehingga 90% elemen penglihatan dapat mempengaruhi pemikiran seseorang yang melihat apa sahaja maklumat yang ingin disampaikan oleh penyampai kepada khalayak umum. Maier & Clarkson (2008) mendakwa bahawa reka bentuk paparan mesti berkaitan dengan imej atau visual yang bertanggungjawab memahami kehendak dan sesuai bagi semua lapisan masyarakat. Dalam erti kata lain, produk yang dipaparkan mesti meliputi elemen seperti fungsi penggunaan, nilai barangan tersebut dan kualiti yang akan diterima oleh mereka yang memberi produk tersebut.
    Golongan belia akan mudah tertarik dengan sesuatu produk sekiranya produk yang cuba dipaparkan menepati trend terkini. Hal ini terbukti apabila Edgar dan Sedgewick (2002), mengatakan bahawa lebih banyak elemen yang baru seperti jenama atau logo produk, maka mereka akan lebih tertarik dengan produk tersebut. Kuasa beli golongan belia adalah lebih tinggi berbanding dengan peringkat umur yang lain. Contohnya, trend pasaran yang terdapat di Malaysia telah menunjukkan pembinaan pusat-pusat membeli belah telah banyak dibina berhampiran dengan pusat-pusat pengajian tinggi. Hal ini demikian, golongan belia lebih berminat untuk membeli belah terutamanya dalam produk pakaian. Hal ini juga disokong oleh Omar, W. & Ali, yang melihat golongan belia adalah mereka yang lebih tertarik dengan trend- trend terkini sehingga mempengaruhi mereka untuk memiliki produk tersebut berbanding dengan golongan umur yang lain.
    Kesimpulanya, Penggunaan window display merupakan kaedah yang menimbulkan minat pelanggan. Terdapat empat jenis window display iaitu paparan berasaskan manekin, paparan tanpa peragawati, paparan berasaskan grafik dan paparan yang menggunakan gabungan antara grafik dan peragawati. Penggunaan keempat-empat teknik ini mampu mempengaruhi pemikiran masyarakat untuk membeli produk yang dipaparkan oleh peniaga. Oleh itu, window display ini merupakan kaedah yang produktif digunakan sebagai penarik kepada barangan yang dijual.

    ReplyDelete
  2. CONNIE LIAW SWEE LIENG BA13110064
    Penggunaan window display dalam mempromosikan sesuatu produk itu sangat berkesan pada masyarakat zaman sekarang terutamanya kepada gologan remaja atau belia yang arif dalam penggunaan internet. Melalui window display sesuatu produk itu dapat dipromosikan dengan lebih berkesan sebab ia mudah dan memberi peluang kepada pelanggan untuk melihat rupa produk tersebut. Seterusnya dapat mempengaruhi kehendak dan keputusan masyarakat untuk membeli sesuatu produk tersebut.

    ReplyDelete
  3. FUZIAH BINTI JAAFAR SIDEK (BA13110108)

    Teknik window display merupakan sejenis promosi yang dilakukan bagi membujuk audien supaya membeli barangan yang ingin dijual.Promosi bermaksud satu proses memberitahu , memujuk, mempengaruhi pelanggan dan menyedarkan pengguna tentang sesuatu barangan.Secara sedar atau tidak, persekitaran yang baik juga dapat menarik perhatian audien untuk melihat produk tersebut sebelum mereka mengambil keputusan untuk membeli barang yang dijual kepada mereka. Penggunaan teknik pengiklanan melalui window display merupakan satu teknik yang berkesan kerana melalui teknik tersebut, pelanggan akan lebih mudah untuk melihat barangan yang dipaparkan sebelum melihat barangan tersebut secara dekat. Lebih-lebih lagi, melalui window display juga pelanggan mendapat idea untuk membuat keputusan bagi membeli barangan yang mereka lihat.Selain itu, teknik ini juga membolehkan sesetengah individu yang melihat tanpa niat untuk membeli barangan tersebut akan berubah fikiran akibat daripada melihat produk yang dipaparkan itu. Hal turut dinyatakan oleh Edwards dan Shackley (1992), bahawa sehingga 90% elemen penglihatan dapat mempengaruhi pemikiran seseorang yang melihat apa sahaja maklumat yang ingin disampaikan oleh penyampai kepada khalayak umum. Berdasarkan artikel yang dibaca, kuasa beli golongan belia adalah lebih tinggi berbanding dengan peringkat umur yang lain. Contohnya, trend pasaran yang terdapat di Malaysia telah menunjukkan pembinaan pusat-pusat membeli belah telah banyak dibina berhampiran dengan pusat-pusat pengajian tinggi. Hal ini demikian, golongan belia lebih berminat untuk membeli belah terutamanya dalam produk pakaian.Oleh itu, amat sesuai jika teknik window display ini digunakan bagi menarik minat golongan belia bagi membeli sesuatu barangan. Antara barangan yang menjadi daya tarikan golongan belia pada masa kini adalah telefon pintar, akibat daripada ledakan teknologi terkini, golongan belia dilihat semakin berminat dengan pelbagai jenis telefon pintar.Kesimpulannya, teknik window display perlulah menarik perhatian audien dengan paparan yang jelas, menarik perhatian serta mampu meyakinkan pengguna tentang produk yang dipaparkan.

    ReplyDelete
  4. KAMSIAH BINTI COKTANG (BA13110149)

    Keupayaan sesebuah kedai untuk menarik pelanggan adalah tidak mudah kerana persaingan yang berlaku di pasaran iaitu peningkatan harga dan cabaran seperti kos, kepakaran dan masa yang menghadkan idea untuk memohon strategi perdagangan yang lebih baik, terutamanya kepada peruncit kecil. Melalui pelaksanaan windows display sebagai strategi runcit merupakan salah satu cara yang dapat digunakan untuk mendapatkan perhatian pelanggan untuk mewujudkan konotasi dan pengertian pasaran dengan lebih khusus dan melalui operasi yang berkesan dari segi komposisi reka bentuk, isyarat visual dan pemahaman terhadap budaya penggunaan. Kumar dan Karande, 2000; Kaltcheva dan Weitz, 2006; Mattila & Wirtz, 2008 mengatakan bahawa keadaan persekitaran kedai seperti reka bentuk sesebuah kedai boleh mempengaruhi pelanggan dalam membuat keputusan.

    Park et al. (1986) menyatakan bahawa windows display bertindak sebagai medium dalam pengiklanan untuk memujuk, melalui persembahan dan tetapan paparan. Ini akan membangkitkan idea pelanggan dalam membuat keputusan yang dapat menyenangkan mereka dengan ciri-ciri yang meyakinkan dan seterusnya akan meningkatkan keinginan untuk memasuki kedai dengan cara visual. Di samping itu, paparan tetingkap boleh meningkatkan imej kedai dan membezakannya dengan kedai pesaing lain (Klokis, 1986). Akibatnya, mereka boleh menarik lebih ramai pelanggan dan meningkatkan daya tarikan terhadap barangan di dalam kedai mereka. Rangsangan visual juga memberikan penghantaran maklumat yang cepat kepada pelanggan (Sen et al., 2002). Imej-imej visual yang dilihat oleh pelanggan dari paparan tetingkap bertindak sebagai rangsangan untuk mencetuskan idea pelanggan dan keinginan untuk memasuki sesebuah kedai.

    Selain itu, Crilly, Maier & Clarkson (2008) mengatakan bahawa reka bentuk paparan yang berkaitan dengan imej atau visual mesti mewujudkan imej yang dapat difahami oleh orang ramai maksud disebalik paparan. Setiap paparan mestilah menonjolkan ciri-ciri produk yang diketengahkan, dari segi penggunaan, nilai dan kualiti secara langsung kepada penonton. Sebagai contoh pada rajah 3, menunjukkan paparan tetingkap yang menggunakan imej-imej grafik sebagai tetapan. Imej-imej yang digunakan adalah dalam bentuk poster grafik, gambar grafik dan tipografi. Teks juga digunakan sebagai konfigurasi yang menyediakan cadangan untuk memeriahkan atau membantu mencadangkan suasana dan perasaan untuk penonton apabila melihat paparan tetingkap. Kaedah ini memberi lebih fleksibiliti untuk peruncit untuk meneroka imej-imej dengan menggunakan warna, tipografi, prop dan gambar dalam setiap komposisi.

    Kesimpulannya, windows display dapat membantu untuk menjual produk dengan lebih baik dan menghasilkan paparan tetingkap yang mampu untuk menyampaikan makna yang jelas terhadap nilai dan kualiti produk dengan menggunakan unsur-unsur dan konfigurasi yang betul.

    ReplyDelete
  5. SARIMAH BINTI AMIR (BA13110579)

    Teknik paparan tetingkap adalah salah satu kaedah pemasaran yang menjual secara diam, membantu membuat keputusan yang lebih baik dan meningkatkan imej kedai. Keupayaan sesebuah kedai untuk menarik pelanggan melalui unjuran persekitaran yang menarik telah lama diperdebatkan selama bertahun-tahun. Tekanan yang tinggi untuk bersaing di pasaran yang pelbagai termasuklah peningkatan harga dan cabaran seperti kos, kepakaran dan masa dan mempunyai idea untuk memohon strategi perdagangan yang lebih baik, terutamanya kepada beberapa peruncit kecil. Melalui pelaksanaan “Windows display” sebagai strategi runcit, perhatian pelanggan adalah tinggi dalam membeli sesuatu produk. Kunci untuk paparan tetingkap yang berjaya dan berkesan terdapat di dalam keupayaan untuk mewujudkan konotasi dan pengertian pasaran khusus dan melalui operasi yang berkesan dari segi komposisi reka bentuk, isyarat visual dan pemahaman budaya penggunaan.

    Persekitaran kedai yang lebih baik dan secara tidak langsung meningkatkan kepuasan mereka. Park et al. (1986) menyatakan bahawa paparan tetingkap bertindak sebagai medium pengiklanan di mana perhatian utamanya adalah untuk memujuk, melalui persembahan dan tetapan paparan. Ini akan membangkitkan idea pelanggan dalam membuat keputusan oleh menyenangkan mereka dengan ciri-ciri yang meyakinkan secara tidak langsung meningkatkan keinginan mereka untuk memasuki kedai dengan cara visual. Rangsangan visual juga memberikan pelanggan untuk menghantar maklumat dengan segera. (Sen et al., 2002). Sebagai contoh, pelanggan boleh membeli berkaitan produk sesuai dengan mereka (Klokis, 1986; Berman & Joel, 1995) dan maklumat visual yang digunakan oleh pelanggan yang bertujuan dan bersesuaian dengan konsep kendiri atau identiti (Klein III et al., 1993). Proses ini akan membantu pelanggan dapat menghargai reka bentuk keseluruhan barangan.

    Pertumbuhan ekonomi, penduduk, perbandaran, industri dan pelancongan telah dikenal pasti sebagai meningkatkan faktor sektor runcit di Malaysia. Pada tahun 2009, peruncitan sektor runcit dari kedai berasaskan sumbangan jumlah yang mengejutkan sebanyak RM 79.7 bilion (PEMANDU, 2010). Menurut Martin (2009), golongan belia berbanding golongan lain, mempunyai kuasa beli yang paling tinggi. Fakta ini dibentuk oleh corak perbelanjaan mereka di mana majoriti mereka boleh guna pendapatan tertumpu kepada perkara yang biasa dan konvensional seperti pakaian. Hal ini jelas dilihat daripada bilangan pusat membeli-belah yang dibina berhampiran dengan institusi pengajian tinggi. Ini adalah bukti penting yang membuktikan pentingnya peranan belia bermain dalam menyumbang industri runcit Malaysia. Omar, W. & Ali, M. (2009), tuntutan selanjutnya bahawa golongan muda di Malaysia adalah lebih memilih trend jenama dan bertindak balas kepada gaya terbaru apabila membuat keputusan membeli-belah. Ini kerana mereka mempunyai keupayaan dan ekonomi mampu dalam membuat keputusan mereka sendiri dari segi apa, bagaimana, bila dan di mana untuk membeli (Omar, W. et al., 2009).

    Jelaslah bahawa konsep paparan tingkap ini dapat memberi tumpaun dan menarik minat pelanggan khususnya goduk yang diiklankan. Unsur-unsur yang digunakan seperti gambar-gambar, grafik , piktograf dan peragawati, yang bertindak sebagai teks untuk naratif paparan,dapat membantu menarik pelanggan untuk menggambarkan hubungan dalam penggunaan barangan. Oleh itu, kajian telah membuktikan bahawa “ Windows display” dapat membantu untuk menjual produk dengan lebih baik dan menghasilkan paparan tetingkap yang mampu untuk menyampaikan makna yang jelas terhadap nilai dan kualiti produk dengan menggunakan unsur-unsur dan konfigurasi yang betul.



    ReplyDelete
  6. Norhada binti Nazaruddin (BA13161046)

    Menurut William J. Schultz yang di petik dalam buku Buchari Alma (2009) mendefinisikan maksud display sebagai usaha mendorong perhatian dan minat pembeli pada kedai atau barang yang mendorong keinginan membeli melalui daya tarikan penglihatan langsung. Secara ideal window display digunakan sebagai alat untuk menarik perhatian pembeli, manakala secara realitinya penggunaan window display kebanyakannya hanya diaplikasikan oleh peniaga daripada luar negara.

    Golongan belia merupakan golongan yang menjadi sasaran utama peniaga dengan melakukan window display, terdapat beberapa jenis window display seperti membuat diplay menggunakan arca atau membuat diplay hanya menggunakan gambar. Secara senarionya, apabila golongan belia melihat window display ini akan meransang minda belia untuk mudah tertarik dan ingin memasuki kedai tersebut. Sebagai contoh di negara luar, golongan belia mudah terpengaruh dengan teknik window display kerana golongan ini masih belum matang dan keinginan untuk diterima oleh masyarakat umum adalah sangat tinggi seperti ingin mengikuti fesyen semasa, golongan ini sukar untuk membuat pilihan terhadap barangan penting dan barangan yang tidak penting.

    Salah-satu sebab lagi bagaimana golongan belia mudah terpengaruh kepada teknik window display ini ialah mesej yang cuba disampaikan hasil daripada window display ini berjaya sampai kepada golongan belia. Contonhnya, window display yang konsepnya selaras dengan pemikiran belia sudah pasti mampu menarik perhatian golongan ini kerana mesej yang disampaikan di intrepetasi kepada maksud yang sama.


    ReplyDelete
  7. RAHMAN BIN SAMSU (BA13161138)

    Berdasarkan artikel diatas, didapati bahawa teknik ‘window display’ berupaya untuk menarik perhatian audiens untuk membeli sesuatu produk yang ditawarkan. Hal ini kerana, ‘window display’ akan memperagakan jenis-jenis barangan yang hendak dijual kepada pelanggan dalam bentuk yang menarik minat dan menimbulkan perasaan untuk membeli dalam kalangan pelanggan.

    Teknik ini dilihat akan memudahkan para pelanggan untuk melihat barangan tersebut terlebih dahulu sebelum mengamati barang tersebut secara dekat. Disamping itu, teknik ‘window display’ yang digunakan peniaga akan mempengaruhi minda para pelanggan untuk meniliti dan membuat keputusan kerana, para pelanggan akan berasa lebih yakin kerana barangan tersebut diperagakan dengan baik dan menjadi tontonan masyarakat umum.

    Disamping itu, ‘teknik window’ display dilihat dapat menarik fokus audiens untuk datang dan masuk ke dalam kedai untuk melihat produk yang diperagakan tersebut. Hal ini kerana, teknik ‘window display’ mengandungi ciri-ciri visual yang bertindak balas terhadap mata audiens yang memandang produk yang diperagakan. Menurut Edward & Shakley (1992), menjelaskan bahawa hampir 90% penglihatan akan mempengaruhi akal fikiran manusia tentang apa yang dilihatnya dalam bentuk informasi yang diterima. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa teknik 'window display' ini sangat mempengaruhi pelanggan di sekitarnya.

    Golongan belia lazimnya akan lebih tertarik dengan teknik ‘window display’. Hal ini kerana, golongan ini amat mementingkan trend dan mudah tertarik lebih-lebih lagi sekiranya produk yang diperagakan tersebut menepati citarasa mereka seperti jenama, logo, fesyen dan sebagainya. Disamping itu, golongan belia merupakan golongan yang paling gemar berberlanja lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan kebendaan misalnya pakaian, kasut berjenama, barang kemas dan lain-lain. Oleh itu, dengan adanya teknik ‘window display’ ini, pastinya golongan ini akan tertarik untuk masuk dan melihat produk-produk yang diperagakan tersebut. tambahan pula, kuasa beli dilihat lebih tinggi ditunjukkan oleh golongan belia kerana, sebilangan besar penggemar fesyen adalah golongan ini. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa sasaran penjual yang menggunakan teknik ‘window display’ ini adalah golongan belia.

    Kesimpulannya, teknik ‘window display’ merupakan salah satu teknik yang mampu mempengaruhi para pelanggan khususnya golongan belia kerana, teknik ini bertujuan untuk mendedahkan lagi produk kepada masyarakat agar lebih dikenali. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa kelompok yang cenderung untuk terpengaruh oleh teknik ini ialah golongan belia kerana, kuasa beli yang tinggi ditunjukkan oleh golongan ini disamping minat terhadap fesyen dan trend terkini dimonopoli oleh golongan tersebut.
    RAHMAN BIN SAMSU (BA13161138)

    ReplyDelete
  8. NUR AKMA BINTI MOHAMED (BA13161052)
    Belia adalah golongan yang paling mudah untuk di pengaruhi oleh peniaga untuk membeli sesuatu produk. Hal ini kerana pada ketika ini, mereka sangat lemah dalam membuat keputusan dan penilaian. Promosi yang tidak senonoh akan diambil sebagai penyelesaian terbaik untuk memenuhi keinginan membuat keputusan yang terbaik. Paparan juga kebanyakannya telah di manipulasi untuk kepentingan mereka. Oleh itu,, langkah perlu di ambil agar paparan tidak terus di manipulasi kerana ia akan menganggu dalam pembuatan keputusan golongan belia. Namun, golongan belia adalah mempunyai paling banyak kuasa pembelian terutama terhadap perkara biasa dan konvensional seperti pakaian. Buktinya, bilangan pusat membeli-belah yang kebanyakannya dibina berhampiran dengan institusi pengajian tinggi mendapat sambutan yang meransangkan.

    ‘window display’ atau paparan tetingkap yang terletak pada ruang utama sesbuah kedai mampu bertindak sebagai medium pengiklanan yang memfokuskan untuk memujuk melalui persembahan dan tetapan paparan. ‘window display’ ini dapat menyenangkan pelanggan dalam membuat keputusan mereka. Selain itu, cara visual yang digunakan oleh pekedai juga mampu meningkatkan keinginan pelanggan untuk memasuki kedai tersebut (Park et al.,1986). Menurut Kenneth et al., (1995) pula, persembahan yang baik boleh menarik minat dan memberikan emosi yang positif kepada pelanggan. Ia juga boleh meningkatkan keinginan terhadap pembelian (Kerfoot, Davies & Ward, 2003). Di samping itu, paparan tetingkap boleh meningkatkan imej kedai dan membezakan sesebuah kedai dengan pesaing lain (Klokis, 1986). Akibatnya, mereka boleh menarik lebih ramai pelanggan dan meningkatkan daya tarikan pelanggan terhadap barangan di dalam kedai. Antara paparan tetingkap yang sering digunakan adalah seperti paparan dengan bantuan mannequins, paparan tanpa mannequins, paparan menggunakan imej-imej grafik, dan paparan dengan gabungan imej-imej grafik dan peragawati. Paparan tetingkap dengan bantuan mannequins serta paparan dengan gabungan imej-imej grafik dan peragawati adalah paling sesuai dan menarik kerana telah mendapat sambutan yang paling tinggi dalam kalangan belia.

    Kesimpulannya, windows display dapat membantu untuk menjual produk dengan lebih baik dan menghasilkan paparan tetingkap yang mampu untuk menyampaikan makna yang jelas terhadap nilai dan kualiti produk dengan menggunakan unsur-unsur dan konfigurasi yang betul.

    ReplyDelete
  9. [BA13161100]

    Teknik “Window display” merupakan sala satu teknik khusus yang mampu menarik perhatian pelanggan atau audiens. Teknik tersebut digunakan untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat tentang sesuatu produk yang dipasarkan di pasaran. Teknik “Window Display “ yang digunakan oleh peniaga dapat mempengaruhi golongan belia untuk membeli sesuatu jenis produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Ia dapat mempengaruhi audiens melalui beberapa ciri-ciri yang terdapat di dalamnya seperti penggunaan persembahan & tetapan paparan dan penggunaan elemen visual.

    Penggunaan persembahan dan tetapan paparan mampu memberikan idea kepada pelanggan iaitu golongan belia dalam membuat keputusan yang menyakinkan tentang pemilihan produk yang dipasarkan oleh peniaga. Di samping itu, pemaparan yang lengkap tentang sesuatu produk atau perkhidmatan juga mampu memudahkan lagi pengguna untuk melihat atau memilih barangan tersebut sebelum melihatnya secara dekat atau langsung. Konsep paparan ang digunakan juga selaras dengan pemikiran belia. Oleh itu, golongan ini akan lebih mudah untuk memahami mesej ang hendak disampaikan melalui teknik tersebut.

    Seterusnya, melalui penggunaan elemen visual dalam teknik “Window Display” juga mampu menarik minat dan perhatian golongan belia. Elemen ini menggunakan paparan grafik yang kreatif seperti penggunaan imej-imej menarik, logo produk atau jenama dan teks. Ia mampu bertindak balas terhadap penglihatan audiens yang melihat produk atau perkhidmatan yang dipaparkan. Hal ini demikian kerana, elemen penglihatan adalah penting dalam mempengaruhi pemikiran seseorang individu tersebut. Di samping itu, audiens juga dapat memahami maklumat yang disampaikan melalui paparan atau pameran jenis-jenis barangan yang dijual.

    Kesimpulannya, teknik “Window Display” merupakan satu inisiatif yang digunakan oleh para peniaga untuk mempengaruhi pelanggan dan mempromosikan produk atau perkhidmatan yang dipasarkan. Terdapat banyak jenis produk atau perkhidmatan yang boleh dipromosikan melalui penggunaan teknik tersebut. Contohnya produk telefon pintar, pakaian jenama dan sebagainya.

    ReplyDelete
  10. Shahril Kaulan (Ba13110442)

    Berdasarkan artikel tersebut, para peniaga menggunakan teknik window display untuk menarik perhatian audiens terhadap produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan. Teknik window display merupakan salah satu usaha atau kaedah yang dilakukan oleh para peniaga bagi mengembangkan lagi sesuatu perniagaan mereka. Berdasarkan kajian, penggunaan teknik tersebut adalah berkesan, terutamanya dalam menarik perhatian dan minat golongan belia.

    Teknik window display mampu mempengaruhi golongan belia, iaitu melalui beberapa kaedah atau teknik paparan dan elemen yang digunakan. Antaranya adalah dengan menggunakan teknik paparan yang unik dan kreatif serta jelas penyampaiannya. Dengan demikian, ia dapat menimbulkan rasa minat dan keinginan audiens atau pelanggan terhadap produk yang dipasarkan oleh para peniaga. Contohnya, dengan menggunakan visual atau logo tertentu yang mampu mencetuskan keinginan audiens untuk membeli produk yang dipasarkan tersebut. Di samping itu, penggunaan visual atau logo tersebut haruslah mudah untuk difahami maksudnya oleh audiens agar teknik pembujukan ini berjaya perlaksanaannya.

    Selain itu, cara penyusunan atau paparan grafik dan penggunaan prop yang sesuai juga mampu memberikan kesan dalam mempengaruhi audiens. Paparan grafik yang dimaksudkan di sini termasuklah pengunaan warna yang sesuai pada gambar-gambar yang dipaparkan. Ianya penting untuk menarik perhatian dan minat pelanggan terhadap sesuatu produk yang dipasarkan tersebut.

    Kesimpulannya, teknik window display penting bagi mempromosikan dan melariskan lagi perniagaan sesuatu produk atau perkhidmatan tertentu. Hal ini demikian kerana, ia mampu menyampaikan sesuatu mesej dengan lebih jelas, cepat dan mudah kepada audiens.

    ReplyDelete
  11. RABIATUL ADAWIYAH BINTI AWANG (BA13110407)

    Teknik paparan tetingkap adalah salah satu kaedah pemasaran yang menjual secara diam, membantu membuat keputusan yang lebih baik dan meningkatkan imej kedai. Keupayaan sesebuah kedai untuk menarik pelanggan melalui unjuran persekitaran yang menarik telah lama diperdebatkan selama bertahun-tahun. Tekanan yang tinggi untuk bersaing di pasaran yang pelbagai termasuklah peningkatan harga dan cabaran seperti kos, kepakaran dan masa dan mempunyai idea untuk memohon strategi perdagangan yang lebih baik, terutamanya kepada beberapa peruncit kecil. Melalui pelaksanaan “Windows display” sebagai strategi runcit, perhatian pelanggan adalah tinggi dalam membeli sesuatu produk. Kunci untuk paparan tetingkap yang berjaya dan berkesan terdapat di dalam keupayaan untuk mewujudkan konotasi dan pengertian pasaran khusus dan melalui operasi yang berkesan dari segi komposisi reka bentuk, isyarat visual dan pemahaman budaya penggunaan.Promosi bermaksud satu proses memberitahu , membujuk, mempengaruhi pelanggan dan menyedarkan pengguna tentang sesuatu barangan.Secara sedar atau tidak, persekitaran yang baik juga dapat menarik perhatian audien untuk melihat produk tersebut sebelum mereka mengambil keputusan untuk membeli barang yang dijual kepada mereka. Penggunaan teknik pengiklanan melalui window display merupakan satu teknik yang berkesan kerana melalui teknik tersebut, pelanggan akan lebih mudah untuk melihat barangan yang dipaparkan sebelum melihat barangan tersebut secara dekat. Lebih-lebih lagi, melalui window display juga pelanggan mendapat idea untuk membuat keputusan bagi membeli barangan yang mereka lihat.Selain itu, teknik ini juga membolehkan sesetengah individu yang melihat tanpa niat untuk membeli barangan tersebut akan berubah fikiran akibat daripada melihat produk yang dipaparkan itu. Hal turut dinyatakan oleh Edwards dan Shackley (1992), bahawa sehingga 90% elemen penglihatan dapat mempengaruhi pemikiran seseorang yang melihat apa sahaja maklumat yang ingin disampaikan oleh penyampai kepada khalayak umum. Berdasarkan artikel yang dibaca, kuasa beli golongan belia adalah lebih tinggi berbanding dengan peringkat umur yang lain. Contohnya, trend pasaran yang terdapat di Malaysia telah menunjukkan pembinaan pusat-pusat membeli belah telah banyak dibina berhampiran dengan pusat-pusat pengajian tinggi. Hal ini demikian, golongan belia lebih berminat untuk membeli belah terutamanya dalam produk pakaian.Oleh itu, amat sesuai jika teknik window display ini digunakan bagi menarik minat golongan belia bagi membeli sesuatu barangan. Antara barangan yang menjadi daya tarikan golongan belia pada masa kini adalah telefon pintar, akibat daripada ledakan teknologi terkini, golongan belia dilihat semakin berminat dengan pelbagai jenis telefon pintar.Kesimpulannya, teknik window display perlulah menarik perhatian audien dengan paparan yang jelas, menarik perhatian serta mampu meyakinkan pengguna tentang produk yang dipaparkan.

    ReplyDelete
  12. NORFAZILA BINTI ENZIL ( BA13110565)
    windows display boleh didefinisikan sebagai medium dalam pengiklanan untuk memujuk, melalui persembahan dan tetapan paparan. Ini akan membangkitkan idea pelanggan dalam membuat keputusan yang dapat menyenangkan mereka dengan ciri-ciri yang meyakinkan dan seterusnya akan meningkatkan keinginan untuk memasuki kedai dengan cara visual. Di samping itu, paparan tetingkap boleh meningkatkan imej kedai dan membezakannya dengan kedai pesaing lain (Klokis, 1986). Akibatnya, mereka boleh menarik lebih ramai pelanggan dan meningkatkan daya tarikan terhadap barangan di dalam kedai mereka. Rangsangan visual juga memberikan penghantaran maklumat yang cepat kepada pelanggan (Sen et al., 2002). Imej-imej visual yang dilihat oleh pelanggan dari paparan tetingkap bertindak sebagai rangsangan untuk mencetuskan idea pelanggan dan keinginan untuk memasuki sesebuah kedai. (Park et al. 1986).
    Windows display atau “paparan tetingkap” merupakan teknik pembujukan secara visual terhadap pelangan atau pembeli. Golongan belia lazimnya akan lebih tertarik dengan teknik ‘window display’. Hal ini kerana, golongan ini amat mementingkan trend dan mudah tertarik lebih-lebih lagi sekiranya produk yang diperagakan tersebut menepati citarasa mereka seperti jenama, logo, fesyen dan sebagainya. Disamping itu, golongan belia merupakan golongan yang paling gemar berberlanja lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan kebendaan misalnya pakaian, kasut berjenama, barang kemas dan lain-lain. Oleh itu, dengan adanya teknik ‘window display’ ini, pastinya golongan ini akan tertarik untuk masuk dan melihat produk-produk yang diperagakan tersebut. tambahan pula, kuasa beli dilihat lebih tinggi ditunjukkan oleh golongan belia kerana, sebilangan besar penggemar fesyen adalah golongan ini. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa sasaran penjual yang menggunakan teknik ‘window display’ ini adalah golongan belia.
    Secara kesimpulannya , windows display ini merupakan cara pembujukan secara senyap namun bagi pandangan saya sebagai seorang remaja window display ini lebih kepada penipuan visual yang dihias untuk menarik perhatian pengguna untuk membeli. Produk yang di tayangkan kadang-kadang tidak seperti yang kita nampak atau tidak sesui kepada kita. Namun disebabkan cara paparan yang menarik telah mengaburi mata penggunan terutama remaja untuk membelinya. Bagi seorang peniaga pula teknik ini amat berkesan untuk memujuk pengguna untuk membeli barangan yang di tayangkan.

    ReplyDelete
  13. PATMA BINTI JUL (BA13110402)

    Teknik ‘window display’ merupakan salah satu kaedah pemasaran yang menjual secara senyap, membantu membuat keputusan yang lebih baik selain meningkatkan imej kedai. Melalui pelaksanaan “Windows display” sebagai strategi runcit, ,perhatian pelanggan adalah tinggi dalam membeli sesuatu produk. Menurut William J. Schultz yang di petik dalam buku Buchari Alma (2009) mendefinisikan maksud window display sebagai satu usaha menarik perhatian dan minat pembeli terhadap kedai atau barang yang seterusnya mendorong keinginan membeli melalui daya tarikan penglihatan langsung. Secara ideal window display digunakan sebagai alat untuk menarik perhatian pembeli, manakala secara realitinya penggunaan window display kebanyakannya hanya diaplikasikan oleh peniaga daripada luar negara. Teknik ‘window display’ berupaya untuk menarik perhatian audiens untuk membeli sesuatu produk yang ditawarkan. Hal ini kerana, ‘window display’ akan memperagakan jenis-jenis barangan yang hendak dijual kepada pelanggan dalam bentuk yang menarik minat dan menimbulkan perasaan untuk membeli dalam kalangan pelanggan. Selain itu, window display’ atau paparan tetingkap yang terletak pada ruang utama sesbuah kedai juga mampu bertindak sebagai medium pengiklanan yang memfokuskan untuk memujuk melalui persembahan dan tetapan paparan. ‘window display’ ini dapat menyenangkan pelanggan dalam membuat keputusan mereka. Selain itu, cara visual yang digunakan oleh pekedai juga mampu meningkatkan keinginan pelanggan untuk memasuki kedai tersebut (Park et al.,1986). Menurut Kenneth et al., (1995) pula, persembahan yang baik boleh menarik minat dan memberikan emosi yang positif kepada pelanggan. Ia juga boleh meningkatkan keinginan terhadap pembelian (Kerfoot, Davies & Ward, 2003). Teknik window display mampu mempengaruhi golongan belia, iaitu melalui beberapa kaedah atau teknik paparan dan elemen yang digunakan. Antaranya adalah dengan menggunakan teknik paparan yang unik dan kreatif serta jelas penyampaiannya. Dengan demikian, ia dapat menimbulkan rasa minat dan keinginan audiens atau pelanggan terhadap produk yang dipasarkan oleh para peniaga. Contohnya, dengan menggunakan visual atau logo tertentu yang mampu mencetuskan keinginan audiens untuk membeli produk yang dipasarkan tersebut. Di samping itu, penggunaan visual atau logo tersebut haruslah mudah untuk difahami maksudnya oleh audiens agar teknik pembujukan ini berjaya perlaksanaannya.

    ReplyDelete